Memaparkan catatan dengan label A Bucket List. Papar semua catatan

Graduasi






Sudah lama aku tidak menghidupkan kembali catatan jurnal di sini. Sebak sebentar melintas ke ruangan ini apabia terlihat catatan terakhir ku ada gambar ahli keluarga yang telah pergi.. Sakitnya seperti kehilangan lelaki kesayanganku Tokwan ketika kecil, alhamdullillah yang telah pergi memberi makna kehidupanan terindah. Satu kenangan indah yang ingin ku catatkan di sini ialah graduasi semasa covid.

الحمدلله ثم الحمدلله

Telah tamat pengajian selama 3 tahun di bumi UKM. Rasa macam mimpi semasa dirasmikan sebagai graduan (12/4/2021). 

Terlalu banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang di sini, semuanya saya berkenalan ketika di UKM. 

Ijazah ini tidak dapat saya genggam jika bukan kerana izin Allah SWT dan doa ibu, bahagia dia bila saya dapat tawaran temuduga dan berjaya menyambung belajar UKM. 

Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru yang pernah mendidik saya, para pensyarah, penyelia latihan ilmiah (thesis) dan penyelia latihan amali. 

Buat yang mengenali diri ini terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kisah hidup ini. Semoga hidup kalian senantiasa dipayungi berkah..

Mohon doa kalian agar saya terus memperbaiki diri dan bermanfaat untuk ummah di lapangan kerjaya pula.
 
#konvoukm48 #AlumniUKM #UKM#graduated  #latepost

Jalan ini



perjuangan takkan pernah terhenti,
ttapi pergolakan diri yang kuat itu lebih sukar ditempuhi
menempuhi ragam manusia
yang membina ke atas
dan menghempas berderai
semakin sakit meneruskan perjalanan

tidak boleh sedar diri ini sangat baru
kerana hakikat diletakkan pada tempat untuk orang yang lebih layak
berkorbanlah terkorbanlah segala yang dijaga selama ini
Teruskan memburu hikmah setiap langkah perjalanan yang tak terjangka ini

Terlalu banyak watak baru muncul dalam novel kehidupan
Setiap watak bawa kesan pada diri
Yang disangka bukanlah seperti yang disangka
Yang tidak dijangka itulah yang membimbing
Alhamdulillah
Life Is a GreaTeacher!

Ekspetasi terlalu tinggi
semakin teruji kesetiaan

Rahmat Allah itu luas,
dimana pun diri berada masih berharap
sentiasa diarah yang benar.

Meet the homeless



Malam sudah mula melabuhkan tirai, disaat semua orang sedang bersenang- lenang menghabiskan waktu gersama keluarga..

Bersandar di sofa empuk dengan remote tv ditangan, gadget ditangan sambil scroll timeline media sosial, sedang menyiapkan makananan ditemani bersama gurau senda bersama ibu,  didapur atau anak kecil yg berlari-lari di ruangan tamu ditengah rumah.

Jam sudah pukul 1 pagi, pertama kali aku dibawa ke pusat bandar kl sehingga lewat tengah malam begini. Misi kami mencari 'gelandangan' cuba memberi bantuan walau tidak sesempurna mana untuk mereka meneruskan kehidupan seperti rakyat Malaysia yang lain.

Sebak sedih hati aku melihatkan keadaaan mereka yang sangat menyayat hati...siapa saja yang mahu tidur di laluan tempat beratus orang memijak di katilmu. Dengan bunyi motor yang bingit seolah dilitar sepang tidak putus, bayangkan bagaimana mahu tidur?

Barulah aku teringat, beginilah keadaanya umat Islam sekarang, yang seringkali dilalui dalam instagram..pelarian Syria, Rohingya yang tidurnya di ditepi jalanan. Lain apa yang dilihat di skrin telefon dan apa yang terlihat dengan mata kepala sendiri.

Terpaku. Melihatkan dua tubuh anak perempuan kecil antara umur 10 tahun dan 6 tahun bersama-sama menghamparkan 'toto' mereka di tepi kawasan laluan manusia yang sibuk pada pagi tersebut..toto mereka hanya beralaskan kertas surat khabar, lapisan demi lapisan mereka hamparkan.. si kakak menutup lompongan alas tidur mereka dengan surat khabar juga.

Pakaian diagihkan, makin ramai kalangan mereka mendekat.. siapa sangka orang yang kita nampak biasa serba cukup melintasi disiang hari itu sebenarnya tiada rumah. Pada zahir seperti cukup keperluan, sedangkan merekalah yang paling memerlukan.

Misi kami diteruskan lagi bergerak ke lokasi seterusnya kerana masih ada barang yang belum diagihkan . Kami ke lorong yang kawasanya tidak ramai seperti kawasan yang tadi. Ketika itu kami persatuan Isi UKM dengan kerjasama Muslim Care membawa makanan, kelihatan beberapa tubuh mula mendekati kami, ada yang segan meminta.. tapi faham, mereka mahukan makananan tersebut..plastik demi plastik dihulur.

Dilokasi yang berbeza.
Datang seorang anak muda lelaki remaja, nampak sihat. Dia dan rakanya melihat dari kejauhan.. aku memerhati, dia datang kelihatan wajahnya agak segan silu..minta makanan, dihulur makanan kepada adik itu dan untuk lagi dua sahabatnya. Dia berterima kasih lalu beredar ke tempat kaki lima tadi semula. Aku perhatikan, mereka bertiga. Lantas mereka duduk bersila disitu juga dan terus menjamu selera.. tiada perbualan antara mereka sepertinya menikmati makanan yg diberikan yang hanya nasi goreng dan telur goreng. Sayu hatiku melihat keadaan mereka bila terkenangkan, umur itu sebaya adik lelaki ku dirumah.. Tak dapat dibayangkan jika itu adikku. Sepatutnya di waktu begini anak-anak muda seperti mereka berada di atas tilam, bukan di kaki lima yang bahaya bila-bila masa sahaja mengundang. Jiranya tidak tahu siapa baik, siapa berbahaya.

Dalam 3 pagi misi kami sudah selesai, kami berkumpul Sebelum beredar, wakil Muslim Care memberi ucapan.. antara bait akhir yang paling aku terkesan, 
"pulanglah ke tempat kamu semua yang selamat" sedangkan disitu ramai yang tidurnya diatas simen kesejukan, terdedah kepada bahaya (ketika melalui lorong-lorong itu pasti ada sahaja  lipas, tikus melintasi) tidak dapat menikmati apa yang kami nikmati. Kembali ke kolej, serba serbi ada keperluan..

Lihatlah mereka seperti keluarga mu meski tidak ada pertalian darah, jangan hanya melihat dan berlalu pergi.. doakan lah kehidupan yang lebih baik untuk mereka, lebih baik sekiranya dapat menghulur sumbangan. Kerana pasti, mereka yang pernah melalui sebelah kita bukan saja-saja Allah pertemukan hatta walau sekilas pandang. Boleh jadi  merekalah saksi diakhirat kelak, menuntut hak sebagai saudara muslim layak dibantu.