Bingkisan rasa

Inikah Cinta

Jun 11, 2015 Sufia 0 Comments




Telah banyak kisah kisah cinta itu dan ini yang aku saksikan... terkadang mungkin dalam hati pasti terdetik

"Sweetnyaa..."

"bla bla bla"

 Tapi benarkah? Si lelaki atau suami tersangat lah baik sweet hensem romantik warak alim kaya raya segalanya ada padanya, hatimu pasti cair duhai wanita...
Ditambah pula dengan sifatnya yang pandai itu ini bisa membimbing isterimu ,kemudiah pasti trcetus

"Nanti nak kawin lelaki macam ni lah"

"Alahai.m meltingnya bila tengok dia blaabla balaalaa"

"Hensemnya, Cutenya Sadonya macam dodollah"

* punchline tak kena


Dalam watak hero pasti ada heroinya bukan? Ya heroinya pastilah si isteri (sangat cliche) . Ditambah lagi dengan watak heroin yang jahat bagai tahap yang sejahatnya lah tak perlu aku definisikan bagaimana. Dengan pertemuan jodoh yang begitu ini pasti sudah mula berangan bukan (sebab tahu diri ini bukan bagus sangat)
Terusnya apa? Teruslah kisah-kisah bibit percintaan yang sweet bagai manis nya penyakit kencing manis tahap empat.

Mengapa ya?

Mengapa dari dahulu zaman aku kanak-kanak ribena  sudah popular dengan kisah percintaan yang meletup. Ditambah lagi dengan lagu-lagu yang mendodoikan... Oh inikah inikah yang dinamakan cinta? *wajah sinis senyum setengah.

Kerna semuanya inginkan kepada cinta. Ya cinta!
C IN TA  yang kau agungkan itulah. Lihat sahaja, ada yang sanggup melenting di muka buku, bergaduh dengan boyfriend. Apa lagi yaa? 'bercinta Islamik' lah dengan kata-kata yang indah sudahnya diselitkan lagi dengan saling mendoakan. Allah makbul kan kah doa?? Tak perlu aku tambah selitkan lagi yang bersama di shopping complex, belakang reban ayam.. dimana lagi? Tak perlu lagi aku nyatakan fenomena cinta yang sentiasa terjadi dan menjadi-jadi.


Tapi, ingatlah sayangku sahabat Islam.. Sampai kemanakah cinta yang kau bawa?

Hatta , rakan aku seorang hafizah sekalipun boleh terjebak kerana cinta.

Rakan aku yang tak pernah aku anggap rakan sangup menghantar mesej bertubi-tubi dari setiap ruang media soSial demi menyatakan cintanya yang suci dari najis mughollazah demi menyatakan cintanya sekalipun tidak pernah kami berbicara.

Ketahuilah walaupun telah kau ketahui, itulah yang Allah telah ulangi jangan dekati zina... Itulah jawapan kepada doamu yang tak pernah termakbul, masalah datang bertalu-talu, hatimu yang tak pernah senang, perbalahan sesama sahabat. Kau mula persoalkan Allah

"Kenapalah Allah uji aku macam ni"

"Kenapa mesti aku?"

Kau rasa.. Allah redha dengan perbuatan ni? Allah suka tengok kau teringatkan si dia  24/7?. Allah suka  waktu kau bersama Allah (solat) kau ingat si dia dalam setiap qiam rukuk setiap pertemuan itu? Allah suka tengok kau susah hati fikirkan si dia yang tak pernah susah-susah fikirkan kau?  Sanggup tunggu mesej dari dia? Tapi kenapa Ä‘engan Allah kau tak macam tu? Kau tak pernah tertunggu pulak bila masuknya waktu. Kau sangat berat untuk baca mesej-mesej cinta dari Allah (Quran) yang tak pernah kau check. Kau tak pernah susah hati fikirkan Allah redha ke tak semua ni???

Tapi, kau lebih suka layan perasaan dengan lagu-lagu cinta separuh nyawa lah , ombak cinta lah ..*tak tau nak sebut lagu cinta yang terkini. Itu yang kau suka daripada alunan zikir buatkan kau lebih dekat dengan Allah. Tapi kau tetap pilih untuk dekat dengan si dia. Sedangkan Allah dengan penuh sayangnya beri pada kau apa yang kau tak perasan nikmat itu. Aku harap kau tahu apa..
 Tapi dengan lemah lembutnya Allah hantar juga pesanan agar kau tahu itu salah.. Allah hantarkan rakan menegur, ayat-ayat yang kau 'ter' baca di wall facebook. Dari ustaz ustazah ini lah sampai jenuh untuk kau palingkan.

Sampai satu masa Allah hantar dugaan buat kau.

BOOM!!!

Kau . Hati kau menangis.. meronta-ronta kau tanya

"Kenapa mesti aku Ya Allah"


Di saat itulah baru kau cari cinta Allah.. kau juga kadang tersilap mencari cinta si makhluk yang Allah cipta juga.

Masih lagi tertanya bukan?

_______________________________________♡♡♡___________________________________________


Cintaku saudara Islam sekalian,  kau boleh teruskan dengan kejahatan kerana kau tahu , macam kau telah tahu ketetapannya. Dekat tv tu, perempuan yang perangai jahat nak bagai tu boleh je dapat laki perfect. Baik sangat bagai boleh pijak pijak kan... bukankah? Kau mulan bayangkan dapat suami yabg baik bagaikan bidadari sado, wajah tampan mengalahkan artis kepop.. Pandai mengaji sampai taranum.. macho, lemah lembut, penyayng sweet swwwuhh la bagai.  Kau terus berangaan sampai termimpi mimpi.

Itu semua kerana kau mula percayakan bayangan manusia.. Ya!  BAYANGAN SEMATA-MATA.
Cerita cinta novel drama semua itu kisahnya penulis kebanyakanya wanita bukan? Itulah idaman setiap wanita, bukan bayangan sendiri sahaja mereka tapi menjadikan kenyataan menerusi kaca yang kau tonton. Perempuan yang jahat mendapat jodoh yang sempurna baiknya ditambah rupa yang kau idamkan.

Tapi .. aku masih ada tapi lagi
Sungguh bercanggah dengan kata-kata Allah. Apakah kau tidak percayakan untuk berusaha menjadi solehah hingga telah terasa solehah dirimu dengan pakaian yang sempurna syariatnya entah hatimu penuh noda-noda zina cinta ajnabi. Belum ditambah zina mata.. mulut yang suka umpatan. Hatimu tertambat pada si dia, telingamu yang ligat membisikkan lagu-lagu jauh dari Allah..Itukah solehah bagimu? Sedang Allah tidak redha?

Aku harap kau berpegang pada ayat cinta Allah ini. Berhentilah angan jeninmu.. Aku berkata bukan kerana seronoknya biarkan kau tersentap tapi kerana aku juga mahukan teguran buat diri dan kerana cinta aku pada kamu yang membaca.

الْØ®َبِيثَاتُ Ù„ِÙ„ْØ®َبِيثِينَ ÙˆَالْØ®َبِيثُونَ Ù„ِÙ„ْØ®َبِيثَاتِ ÙˆَالطَّÙŠِّبَاتُ Ù„ِلطَّÙŠِّبِينَ ÙˆَالطَّÙŠِّبُونَ Ù„ِلطَّÙŠِّبَاتِ

“Perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji. Dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji pula. Perempuan yang baik adalah untuk laki-laki yang baik. Dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik pula.” (QS. An Nur: 26)


Demi Ummah.

You Might Also Like