Bingkisan rasa
Assalamualaikum
Aku mulakan terus bicara ya tanpa opening.
Memang atau pasti jika sesorang yang bertutup itu pasti akan terlintas dihati korang. Macam mana la wajahnya, tanda soal banyak banyak banyak... atau mungkin korang boleh kata..
Aku tengok mata pun aku dah tau muka dia macam mana.
Duhai sudara sekalian, tahukah apa yang korang fikirkan itu ialah maruah yang dijaga oleh seorang muslimah? Bukan lah dari akal tapi nafsu yang mahu mengetahui apa yang tertutup. Maaf, khususkan buat kaum Adam... Aku tahu bagaimana pandangan kaum hawa yang lain terhadap kaum sejenisnya mungkin berbeza dari kaum Adam..
Bukanlah kerana pemikiranmu terhadap perempuan yang berniqab sahaja... tetapi juga muslimah lain yang tertutup rapi auratnya, kalau yang mendedahkan aurat tu lain cerita lah.
Aku tahu, kau lelaki pasti tertanya-tanya bagaimanakah wajah seorang wanita yang tertutup rapi kain diwajahnya itu.
Ini pengalaman aku... kerana aku agak, bukan agak tapi sangat terkejut apabila seorang request begitu..
Bukankah Allah memerintahkan tundukkanlah pandanganmu.. aku pasti, bukan sekali pernah dengar peringatan ini bukan?
Aku akui, aku seorang yang berpurdah bukanlah insan yang sempurna cantik semuanya pada fizikal. Tetap juga aku punya kekurangan. Duhai saudara ku sekalian jaganlah kau mencari-cari bagaimanakah rupa seseorang insan tersebut pada yang tertutup itu.. kerana muslimah berpurdah itu insan biasa... tidak semuanya secantik bidadari syurga yang kau bayangkan. Tertutupnya apa yang mereka pelihara itu kerana niat untuk seseorang yang halal dan redha Allah bukan suka-suka. .
Perempuan berpurdah.. cantik ke?