Memaparkan catatan dengan label thankyouAllah. Papar semua catatan

Graduasi






Sudah lama aku tidak menghidupkan kembali catatan jurnal di sini. Sebak sebentar melintas ke ruangan ini apabia terlihat catatan terakhir ku ada gambar ahli keluarga yang telah pergi.. Sakitnya seperti kehilangan lelaki kesayanganku Tokwan ketika kecil, alhamdullillah yang telah pergi memberi makna kehidupanan terindah. Satu kenangan indah yang ingin ku catatkan di sini ialah graduasi semasa covid.

الحمدلله ثم الحمدلله

Telah tamat pengajian selama 3 tahun di bumi UKM. Rasa macam mimpi semasa dirasmikan sebagai graduan (12/4/2021). 

Terlalu banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang di sini, semuanya saya berkenalan ketika di UKM. 

Ijazah ini tidak dapat saya genggam jika bukan kerana izin Allah SWT dan doa ibu, bahagia dia bila saya dapat tawaran temuduga dan berjaya menyambung belajar UKM. 

Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru yang pernah mendidik saya, para pensyarah, penyelia latihan ilmiah (thesis) dan penyelia latihan amali. 

Buat yang mengenali diri ini terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kisah hidup ini. Semoga hidup kalian senantiasa dipayungi berkah..

Mohon doa kalian agar saya terus memperbaiki diri dan bermanfaat untuk ummah di lapangan kerjaya pula.
 
#konvoukm48 #AlumniUKM #UKM#graduated  #latepost

Aku Alumni Ikatan Studi Islam UKM






Terima kasih untuk kisah ini ya Allah 🎈

Berada dalam organisasi ini selama dua tahun banyak belajar pengalaman berharga. Terima kasih atas segala tunjuk ajar kalian dan minta maaf atas segala kekurangan sepanjang bergerak kerja bersama. 

Masih belum terlambat rasanya nak mengucapkan lagi Selamat Pengantin Baru buat pasangan ISIUKM, Zakri dan Shaf. Sewaktu dalam meeting, Shaf ialah penterjemah loghat ganu Zakri kepada saya. Setiap butir yang tak faham mesti akan tanya Shaf, dan Shaf terangkan sampai saya faham, benarlah pasangannya itu lebih memahami. 

Alhamdulillah, tercoret pengalaman menjayakan program-program anjuran ISIUKM. Pahit dan manis semuanya momen indah belaka. Walaupun bergerak kerja di belakang tabir sahaja, pengalaman berharga terlibat dalam program-program jemputan khas Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Syeikh Zainul Asri,  Tuan Guru Ustaz Haji Zulkifli dan Almarhumah Ustazah Shadiya. 

Pesanan almarhumah Ustazah Shadiya yang tak dilupakan, ketika itu program kami tak ramai hadir sebab pertembungan dengan program lain. Ustazah pula yang datang bagi motivasi dan semangat utk kami  

“Takpe kalau buat program ramai tak hadir, rakam dulu.. (manfaatnya nanti) yang tak hadir boleh tengok balik” 

dan rakaman live arwah masih ada dalam page ISIUKM.

Buat ahli ISIUKM, selamat melayari bahtera dakwah kecil ini, kita hanya penyambung perjalanan ISIUKM yang telah 37 tahun di kampus UKM. Semoga usaha kecil mendapat ini redha-Nya.

Buat adik-adik yang dapat tawaran sambung belajar di UKM. Sertailah ISIUKM. Tak rugi berpersatuan, di zaman universiti kita menimba ilmu dan tingkatkan softskill dalam kampus. Selepas belajar, masanya pula kita berbakti kepada masyarakat.

Aishah Sufia
Mantan Raisah Lajnah Publisiti & Media Baru ISIUKM 18/19 dan 19/20