Diari

Sejarah Aku & Purdah

Jun 08, 2015 Sufia 0 Comments





Tak tahu bagaimana mahu aku melakar kata dan bagaimana untukku memulakan bicara... asalnya purdah bukanlah identiti sebenar aku. Dulu, benak aku tidak pernah diterjah dengan keinginan untuk menjadi seorang perempuan yang bercadar dimuka.

Kali pertama aku melihat seorang berpurdah tika zaman aku masih lagi leka bermain pondok-pondok sehingga lewat petang, tika aku tidak pernah memikirkan masalah dunia.

Ketika itu mataku terpandang pada seorang muslimah yang berpurdah di sebuah majlis... Aku tak dapat menoleh selain melihat kearahnya. Dia sedang makan dipenjuru sebuah meja bersama dengan seorang muslimah disinya.
Aku pelik.
Pasti terfikir bagaimana seorang wanita yang menutup wajahnya itu makan. Tertanya-tanya bukan? Kali pertama aku melihat seorang wanita berpurdah.. kali itulah saat dia sedang makan, sungguh tenang . Kala itu juga terlintas dihati,

"Kenapalah susahkan diri pakai benda tu"

saat aku masih lagi tidak mengerti dan tahu apakah itu.

Semakin aku menginjak dewasa, dari situlah aku mula faham.
Mengapa mereka bersungguh mengenakan kain pada wajah.  Kini baru faham bagaimana rasanya, tetapi semakin kau menutup masyarakat disekeliling mula menilai tingkah lakumu, setiap gerak gerimu dan begitulah..

Ku petik kata-kata dari seorang muslimah
"Setiap gerak-gerimu menjadi perhatian .Mereka sangkakan jika sudah berniqab pasti sudah sempurna agamamu... Tetapi kau hanyalah seorang hamba yang masih perlu belajar dari segalanya."

 Aku akui kerana aku bukan seorang yang sempurna... aku mula berniat ingin memakai. Lama kelamaan.. Alhadulillah terbuka hatiku.Walaupun pada mulanya aku merasai kesusahan menjaganya tapi disebalik itulah aku dapat mengecapi nikmat yang tidak terucap. Alhamdulillah... doakan aku istiqamah begitu juga muslimah lainya yang menjaga aurat.

You Might Also Like