Study
Kelebihan STPM yang orang tak nampak
Kalau cerita tentang Pra-Universiti yang aku sedang menunggu ni lagilah menyeramkana. Aku takut dua tahun aku berada di sekolah sia-sia. Bagi aku memang kedua-dua tahun, lower six dan upper six sangat mencabar. Dengan tiada satu manusia yang aku kenal hati budinya, sebab kebanyakan pelajar banyaknya dah kenal ramai-ramai. Tak usah diceritakan memang banyak isu, kisah hidup berpuak, cikgu merajuk, junior yang pandang rendah itu dan segalanya dirasa dalam masa yang singkat.Alhamdulillah, dalam kalangan duri banyak juga bunga yang aku kenal dari situlah aku boleh terus kuat.. Aku terus berdoa dan berdoa, perjalanan disini sangat “rare” daripada hidup sebelum ini. Manusia berbagai corak buat aku rasa terasing. Aku taklah pandai sebaris dengan budak-budak disitu, apa yang aku nampak.. ramai jugak gifted, belajar last minute dapat result macam orang dah belajar sejak lahir. Allah, balaslah segala ini denagan kebaikan.
KELEBIHAN STPM YANG ORANG TAK NAMPAK.
Pada mulanya aku juga tak pandang pelajar yang ambil STPM ni, biasa sahaja pad mata aku. Tapi selepas aku sendiri mengambil keputusan sambung, semata-mata kerana surat tawaran meletakkan tempat aku mengambil stpm jauh ke negeri selatan, aku beria-ria nak ke sana sebab hati aku ini lebih suka kembara tempat yang jauh walaupun dalam jangka masa agak lama.
Disini aku ceritakan setakat pengetahuan yang aku tahu. STPM ini atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Malaysian Higher School Certificate atau perkataan lain HSC/GCE yang mana digunakan sebagai syarat kelayakan masuk ke universiti dalam atau luar negara. Jangan tak tahu, STPM juga dikenali sebagai A-level, jangan ingat lepas spm sambung A-level kat luar negara je, dalam negara kita pun ada A-level yang diiktiraf Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment (CA) , England lagi ya!
Peperiksaan ini merupakan antara exam yang paling susah di Asia Tenggara. Kertas soalan digubal oleh pensyarah-pensyarah universiti.
YURAN PENGAJIAN PERCUMA!
Setiap pelajar wajib mengambil 4 atau 5 mata pelajaran, bergantug kepada sekolah.
4 mata pelajaran = RM480.00 5 mata pelajaran = RM570.00
Ini jumalah sebenar yuran matapelajaran yang perlu dibayar calon, sebenarnya calon tak perlu bayar kerana telah ditanggung kerajaan. Kecuali lah duduk asrama itu memang kena yuran makan minum and so on kan. Pelajar kena bayar sekiranya nak mengambil kertas ulangan RM 50 satu matapelajaran, kalau nak gred lebih baik.
FORM 6 MACAM KOLEJ?
Alhamdulillah, macam-macam penambahbaikan dah ada demi anank-anak Malaysia meneruskan pengajian. Walaupun pada asalnya, pelajar Tingkatan 6 masih belajar di universiti macam saya belajar di sekolah. Kementerian Pendidikan Tinggi menyediakan pusat Tingkatan 6 seperti sebuah kolej, dimana pelajar Tingkatan 6 sahaja yang ditempatkan di situ.
Rezeki tak sentiasa datang bergolek, kalau nak cubalah mohon. Dengan izin Allah ditempatkan disitu.
NO MORE SCHOOL UNIFORM!
Kalau dulu, nak masuk Form 6 kawan-kawan ejek pakai baju sekolah lagil? atau something like that la! Realitinya sekarang dah tak payah nak iron baju putih, lencana bagai (pakai kad matrik dah). Kerana Kementerian Pelajaran dah keluarkan arahan, dan batch 97 pada tahun 2015 adalah batch pertama merasai. Alhamdulillah. Batch saye lah tu. Tapi di sesetengah sekolah menetapkan piawaian pakaina walaupun ada kelonggaran, seperti di sekolah saya, pelajar Puteri F6 wajib pakai tudung putih dan baju kurung apa-apa coraklah. Jadi yang tak banyak baju kurung dan pakai kecuali Hari Raya macam saya ni balik rumah selongkar baju-baju lama ibu, jimat kos dan ambil berkat lah ye… Hihi, pegi sekolah kawan tegur “baju baru keer?” . Taklah baju baru first time pakai.
BOLEH KE SAMBUNG LUAR NEGARA?
Pelajar STPM amat dialu-alukan oleh universiti awanm di seluruh Malaysia. Jadi tak hairanlah jika kemasukan pelajar lepasan STPM lebih ramai berbanding pelajar lepasan Diploma, Matrik dan sebagainya. Baru saya dapat tahu, pilihan terpaksa masuk ke T6 juga memberi peluang cerah untuk menyambung pelajaran ke luar negar hendaknya, In Shaa Allah..sebab apa? Kan tadi ada saya terangkan diiktiraf oleh Cambridge Asessment, jadi keputusan STPM diterima jika ingin memasuki ke universiti di luar negara yang mengiktiraf peperiksaan ini. Seperti universiti terkemuka University of Cambridge, University Metu di Ankara Turki, dan University of Melbourne. Dengan syarat, result kena la perform!
Jadi kalau ada rasa macam saya dulu, tak pandang form 6 ni. Macam budak tak lepas belajar lah, tak best masih di bangku sekolah atau apa-apa. Buanglah persepsi, orang yang pernah melalui sahaja tahu dan percayalah anda akan rasa sangat bertuah di akhirnya. Ini berdasarkan pengalaman, buka laman minda.
(Sumber ilmu ini saya ambil daripada ceramah yang diberikan oleh pegawai MPM sendiri dan sedikit pengalaman sendiri)