Diari,

Rumah

September 27, 2015 Sufia 0 Comments


Rumah itu rumah kita
Sungguh berat meninggalkan tiap ruang
Meski ada yang pahit
Yang pahit jualah lesap dari ingatan saat hati berat meninggalkan

Seekor
Mesti taraf yabg amat berbeza
Kau tetap dianggap sama jua

Hati
Semoga kau kuat
Tapi bukan kekuatan yang perlu
Semoga kau tidak terkenang kebahagiaan disana
Yang kadangkala kau lagha dalam mimpi siang

Tahajud
Maafkan aku,
Sungguh gagah aku bangkit demimu tiap saat
Tapi kembalinya disini
Aku berputar
Kerana istiqamahku barangkali di tempat yang barakah
Barangkali ada yang menbencinya
Kerana pemerintah kuku besi
Langgar hukum Allah

Cukuplah aku melontar perasaan panjang
Pada Allah yang sentiasa ada
Juga dimedium untuk visiku
Ummah.
Diari

Rapuh

September 27, 2015 Sufia 0 Comments


Kerana hati ini rapuh.
Letih
Pedih
Aku menahan sendiri
Telah ku tahu bagaimana kau berkata di belakang
Telah ku tahu kau meratah daging, setiap cebisan
Andai kau seorang teman, tentu sahaja kau tahu adab berkawan

Teman, andai aku dianggap teman
Andai mahu berteman
Ikhlaskanlah hati

Jangan mengguna-gunakan
Sunguh dia teranaya
Dianiaya

Walau ilmu setinggi bintang
Tapi
Perlakuan merobek yang lain
Tiada redha pada yang kau lakukan.

Allah ikhlaskankan hati... Amiin.
Diari

Syukran

September 27, 2015 Sufia 0 Comments



Alhamdulillah.
Terucap syukurku, Allah memberi jawapan yang tak dapat ku ungkap rasa.
Benarlah dalam tiap ujian itu ada rahmat disebalik
Terharu
Sungguh aku terharu
Allah bekalkan ketabahan, walaupun kuat seringkali aku bersungut tak mampu.
Allah bekalkan ketaatan untuk aku terus berpaut pegang pada janji Allah
TUhanku tak pernah tinggalkanku
Walaupun aku pendosa , kadangkala lupa nikmat dikecapi
Benarlah firman--Nya.

Terharu aku mendengar khabar itu.
Saat itulah aku lebih kuat.
Senyum
Alhamdulillah hi Rabbil Aalamin.
Bingkisan rasa,

Ujian

September 26, 2015 Sufia 0 Comments



Saat ini hatiku resah gelisah.
Astaghfirullah halazim
Entah apalah yang bakal berlaku nanti, setiap kata-kata yang keluar menggusarkan lagi jiwa ragaku.
Aku tak bisa terima seberat ini. Tak dapat ku rasakan dari kepala hingga kakiku. Tangan yang tadi meluncur laju terketar seketika. Lama.
Aku terdiam. Kepala aku seperti dituang ubat kebas hingga keseluruh badan.
Tak dapat aku gambarkan rasa ini. Sangat payah.
Tak mampu aku berdiri, andai berjalan , satu badanku bergetar.
Jantubg berdegup kecang.

Buat kau! Ya dirimu.
Bukankah telah aku pesan, biarkan aku sendirian. Biar aku sendiri.
Tak perlu kasihanikan diriku.
Bukan saat ini. Cukuplah Allah disisiku, bukan kau.
Aku bisa melangkah sendiri.
Tapi kenapa begitu. Degil.

Aku tahu niat kau baik membantu. Bukan masa ini.
Tak sanggup aku menanggung.
Allah,
Ujian ini sangat berat bagiku.
Astaghfirullahalazim.