Diari

Tak Sangkanya Jodoh Selama ini Depan Mata

Mac 08, 2017 Sufia 0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini ingin aku kongsikan kisah hidup seorang insan yang ku kenal, tak sangka perkenalan bermula seorang guru dan murid menjadi keluarga . 

Pada zaman remaja di sekolah menengah ada seorang cikgu, Teacher Basyirah namanya seorang guru matapelajaran English 119.
Sebelum kenal dengan cikgu ini ingatkan garang yang amat. Rupanya, caring yang amatlah ðŸ˜˜. Semenjak aku dilantik sebagai pengawas sekolah, yang mana dia guru pengawas juga. Entah macam mana boleh rapat, ada juga lingkungan pelajar-pelajarnya yang rapat mengenali cikgu ini sampaikan kami panggil Ma, ada feeling anak beranak gitu. Lagipun dia dia tiada anakdan masih single mingle ketika itu. Memang jiwanya seorang guru sejatilah.

Dia juga suka bercerita pengalaman hidup disamping nasihat untuk anak-anak muridnya . Hehe

Dalam kelas aku ada seorang pelajar lelaki ini, Amirul Mukmin sedap namanya. Perangai nampak macam serius, bagi aku lah sebab aku tak berapa mengenali semua kawan lelaki sekelas ini. 

Nak dijadikan cerita, jodoh rakan sekelas aku ini rupa-rupanya cikgu aku sendiri. 

"What?"

Ya cikgu kesayangan ramai yang aku ceritakan tadi. Tak sangka cikgu aku rupanya isteri kawan aku. Jodoh dia depan mata selama ini ya, guru yang mengajar di depan itulah sebenarnya makmum dibelakangnya.


 Perbezaan umur usah dipertikaikan sebab macam mana sekalipun Allah dah tetapkan. Itu semua rahsia Allah. Nasihat aku, jangan asyik sibuk-sibuk kehidupan orang sedangkan hidup kita sendiri tak pandai jaga. Ibrahnya, aku nak cakap sebenarnya aku tahu ada pihak yang cuba menjatuhkan cikgu aku dengan pelbagai fitnah dan cacian. Ending nya? Sekarang ini macam-macam perkara timbul sebab kesalahan yang mereka sembunyikan selama ini tiba-tiba terbongkar.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat keji dan dengki-mendengki sesama muslim. Nauzubillah.

Teacher aku ini memang salah seorang wanita kuat yang aku kenal. Aku doakan semoga dia bahagia bersama suami tercinta dan menjadi isteri solehah. Kepada kawan aku tu, jaga mama kitorang elok-elok ye sebab dia kesayangan ramai.


Aku sendiri menyaksiakan akad nikah, penyatuan dua jiwa ini. Alhamdulillah selamat diijabkabulkan. Dan ini akad nikah lawak secara live yang aku tonton, bukan di youtube tau. 

Terima kasih pengantin kerana menjemput kami semua, siap tempah homestay lagi. First time merasa jadi flower girl, tapi kami semua bukan flower girl yang tau nak datang melawa je.. tolong-tolong kerja kenduri jugak tau! Tapi yang paling aku tabik kak Fiqah la, susah nampak dia relax


Makan kat tempat kenduri tak payah cerita lah, memang terlebih cukup. sedap nyum nyum! Teacher siap datang tengah malam ke homestay bawa kek pengantin lagi. Teringat kesedapanya  hahaha. Mungkin sebab kami makan tak ingat dunia, satu rumah sakit perut. Apalagi, berebut tandas lah jawabya. Kadang tak suka tunggu turn rasa macam nak ketuk pintu jiran sebelah nak tumpang tandas. Bila petang pula ada sesi photoshoot bersama pengantin. 

Sekarang mereka bahagia bersama, cikgu aku meneruskan pekerjaanya seorang guru dan suaminya meneruskan pengajianya sebagai pelajar. Dan inilah cinta guru dan pelajar yang bersatu hati. 

photo credit to @AZmomentsofcapture

You Might Also Like