Diari

Di Universiti Bukan Segalanya Tapi Segalanya Bermula

November 22, 2017 Sufia 0 Comments



Disinilah aku mula belajar pelbagai aspek kehidupan.. bermulanya dari pra-universiti ke zaman melangkah alam universiti yang sebenar. Aku mengenal dan belajar. Setiap aspek kehidupan mula di sentuh wajib aku laluinya..

Tuhan, adakah ikhlas perjalanan yang aku lalui ini untuk-Nya. Untuk menuntut kemahuan diri atau seikhlas membawa me akhirat. Kadang sentiasa tersasar dari tujuan sebenar, kerana kesibukan mahu selesaikan pada dateline yang menuntut janji.

Bermula dari menuntut ilmu. Ramai sungguh yang mengejar ilmu tapi ramai juga yang tersasar dari landasan ilmu walaupun di dalam dunia ilmu.

Muallim, aku bukan pelajar yang bijak. Tahu dan faham dimana kebodohan diri, lambatnya.. Adab berguru aku mencuba jaga. Sedar, pasti ada kekhilafanku pada mereka, aku mohon keberkatan mereka kerana mereka penyampai ilmu yang tak mampu aku ungkapkan kehebatan ilmuanya.

Ibu, hanya satu tempat aku bergantung kerana hidup aku sekian lama tidak berbapa. Bukan sudah meninggal, tetapi adanya seperti tiada. Bukanlah anak yang terbaik dalam kalangan adik beradik. Pernah aku sakiti hati ibu...seburuk mana aku aku cuba baiki, dialah kunci kehidupan aku.

Kewangan, rasailah sempitnya rasa kekurangan duit itu.. Malunya meminta wang dari ibu kerana baru kau rasakan susahnya berusaha walau bernilai seringgit pun. Perbelanjaaan yang perlu kan banyak sangat.. beban hutang diawal usia.

Assignment. Perkara pertama-tama yang mustahak wajib ada dalam kamus para siswazah. Banyaknya tugasan aku masih kelam kabut cuba sesuaikan.  Hmm.. nampaknya aku masih lompong menguruskan kepentingan ini.

Kawan, disini barulah kau mula mengenal manusia itu pelbagai ragam. Bukan semuanya malaikat. Bukan semuanya sejahat manusia. Ada yang kenal untuk menggunakan, ada yang terzahir keikhlasanya disaat susah. Apapun aku bersyukur mengenali kawan yang baik.

Hati, andai mata kau gagal menahan. Rosaklah hatimu. Binasa, itulah merosakkan segalanya, berat sungguh dirasa dengan kelemahan diri.

Purdah, perkara ini bukan mudah untuk kau jaga. Ada yang suka ada yang tak dengan kehadiran secebis kain dimuka ini. Saat paling sakit ialah terpaksa me.. takpalah biar aku simpan sendiri.
Tapi ada waktu perlu dibuka jika diminta oleh pensyarah.. itu ialah salah satu adab berguru. Cuma perasaan malu itu sangat kuat, cubalah sayang jika perlu kerana asalkan tidak melanggar syariat. 😶

Usrah, sinonim jika benar mahu mencari Islam pada ikatan ukhwah fillah. Dalam keletihan menghadapi hari penuh padat, aku temukan ketenangan dibalik wajah yang memberi nasihat.

Maksiat, ya ini universiti awam. Jangan sangka semua orang yang belajar pelajar terpelajar sebaik-baik penuntut ilmu. Ada yang memang ketagih dengan maksiat. Sekalipun namanya universiti ada program yang benar jelas maksiatnya aku kecewa bila diwajibkan untuk pergi. Malu! Aku keluar kerana tempat itu boleh membawa fitnah kepadaku dizaman fitnah akhir zaman ini.

Masa, pesan seorang akak senior setiap kali berdoa mohonlah agar diberi keberkatan masa. Ada orang dalam satu hari boleh siapkan banyak kerja, ada orang satu hari lambat sangat untuk siapkan satu kerja. Ya benar, tapi aku juga percaya banyak masa yang dihabiskan untuk satu kerja itu juga membuahkan satu hasil yang berkualiti. Bukan sekadar asal siap. Kedua perkara ini penting, berkatnya masa dan sungguh-sungguh untuk mencapai kualiti yang baik.

Berniaga, disini aku belajar perlu mencari duit untuk survive. Bukan sekadar mengharapkan duit dari ibu saja. Aku cuba.

Kemudian apa lagi..

Perlu difikir tentang perancangan masa depan. Aku tak mahu sekadar just follow the flow. Aku mahu follow my ambition.

Jodoh, tidak mengapa pada aku. Perkara ini akan datang kemudian. Tidak mahu aku mencari cinta manusia sedang nanti ibu aku masih sendirian tidak berteman, satu hari. Perkahwinan suatu yang menakutkan padaku kerana menyaksikan sendiri lelaki yang memecahkan hati-hati wanita.

Assalammualaikum aishah, banyak lagi cabaran mendatang.. apabila umurmu mula menginjak usia 20 baru terbuka matamu melihat dunia sebenar yang kau kena berdiri sendiri. Tiada yang sempurna,tapi kau mampu tampal ketidaksempurnaan itu.

Usia inilah kau perlu mencari bekalan, kuatkan ketahanan, do what you want dan berbaktilah untuk ummah!