Instagram Story

Januari 24, 2018 Sufia 0 Comments

Kalau ig story, banyak perkara menarik yang mahu dikongsi. Rakaman video, gambar. Semua itu memori indah yang ingin dilakar kemudian dikongsi dalam garis masa hidupmu. Tapi, telah kau maklum, itu semua hanya selama 24 jam sahaja. Perkongsian itu terus lupus, tapi tetap saja kita mahu yang lain untuk turut melihat ekspresi momen kebahaagiaan atau mungkin kedukaan itu. Selepas ada ia hilang....

Begitulah dengan masa, tetap kita tahu masa yang ada tidak boleh diundur. Apa yang berlaku telah berlalulah ia.

Tiada makna untuk dapatkan kembali masa itu. Tapi, kita maklum waktu itu telah tersimpan rapi untuk hari akhirat. Akan dipertonton kan dan dihisab.

Masa itu bukan seperti instagram story akan hilang selepas sampai waktunya. Tetapi masa itu seperti catatan sejarah kerana akan dilihat bagimana jalan yang telah kita dilalui dengan masa itu.
Diari

Bersangka Baiklah Wahai Diri

Januari 23, 2018 Sufia 0 Comments



Allah tegur. Janganlah bersangka buruk pada dirimu sendiri. Baru sesaat tadi aku meluahkan rasa Allah tidak meredhai jalan kerja ku ini pada pandanganku, jadi bermulalah rasa keputus asaan mula mengabui usaha ini.. Sejak semalam, aku belum sentuh A-Quran, terasa buruknya diri. Lantas kemudian aku membaca quran..menyambung di helaian seterusnya. Tepat ayat itu kena pada saat ini. Kusangkakan buruk pada diri sendiri, padahal telah elok tersusun untukku jalan payah ini. 

Bersangka baiklah wahai diri, tiada apa yang menguatkanmu melainkan yakin pada dirimu sendiri. 

Allah memberi ujian di dalam jalan ini kerana mahu hambanya sentiasa meminta kepadanya, bergantung padanya. Kepayahan di saat ini kerana telah ternyata bukankah telah nyata dalam Quran.. Sesunggunya pada kepayahan itu bersama kesenangan selepasnya.

Penilaianku salah. An nur ayat 12
Bingkisan rasa

Kalau hidup untuk dapatkan perhatian manusia. Kemudian bagaimana pandangan Allah terhadapmu?

Januari 20, 2018 Sufia 0 Comments


Kalau hidup untuk dapatkan perhatian manusia. Kemudian bagaimana pandangan Allah terhadapmu? 

Aku tak suka sangat pada perbuatan manusia.. buat baik, raih perhatiannya kerana dia punya kuasa. Kuasa terhadapmu dan juga orang lain. Tapi bagaimana pula jika dia tiada apa-apa kuasa, harta mahupun pangkat. Adakah kau akan berusaha membuat kebaikan sehabis baik agar dia memberi perhatian kepadamu. Jika itu yang kau kejar.. bagaimana Tuhan yang menciptakan dia dan engkau. Tuhan Sekalian Alam itu lebih berkuasa keatasnya dan keatas kamu, tidak bergantung pada pangkat manusia yang tiada tara.

Andai kata dia, orang yang kau santuni itu kerana kedudukan. Segala layanan kebaikan kau usaha, tegah andai ada yang tidak tunduk kepadanya sebagaimana yang kau mahu. Tapi bagaimana pula jika dia..bayangkan dia itu yang menyapu dedaun kering di tepi jalanan yang kau lalui, adakah sama seurat senyuman dan penghormatan yang diberi seperti dia yang berkedudukan itu. Andaikata dia ialah si penyapu dedaun kering, yang tidak memilki pangkat juga kemewahan, hari dialalui bersama pakaian lusuh. Apakah sama penghormatan yang diberi andai dia seorang berpangkat?

Ikhlaslah dalam kebaikan. Andai kebaikan itu disulami niat buruk. Tiada nilai disisi Allah