A Bucket List

Meet the homeless

Mei 26, 2018 Sufia 0 Comments



Malam sudah mula melabuhkan tirai, disaat semua orang sedang bersenang- lenang menghabiskan waktu gersama keluarga..

Bersandar di sofa empuk dengan remote tv ditangan, gadget ditangan sambil scroll timeline media sosial, sedang menyiapkan makananan ditemani bersama gurau senda bersama ibu,  didapur atau anak kecil yg berlari-lari di ruangan tamu ditengah rumah.

Jam sudah pukul 1 pagi, pertama kali aku dibawa ke pusat bandar kl sehingga lewat tengah malam begini. Misi kami mencari 'gelandangan' cuba memberi bantuan walau tidak sesempurna mana untuk mereka meneruskan kehidupan seperti rakyat Malaysia yang lain.

Sebak sedih hati aku melihatkan keadaaan mereka yang sangat menyayat hati...siapa saja yang mahu tidur di laluan tempat beratus orang memijak di katilmu. Dengan bunyi motor yang bingit seolah dilitar sepang tidak putus, bayangkan bagaimana mahu tidur?

Barulah aku teringat, beginilah keadaanya umat Islam sekarang, yang seringkali dilalui dalam instagram..pelarian Syria, Rohingya yang tidurnya di ditepi jalanan. Lain apa yang dilihat di skrin telefon dan apa yang terlihat dengan mata kepala sendiri.

Terpaku. Melihatkan dua tubuh anak perempuan kecil antara umur 10 tahun dan 6 tahun bersama-sama menghamparkan 'toto' mereka di tepi kawasan laluan manusia yang sibuk pada pagi tersebut..toto mereka hanya beralaskan kertas surat khabar, lapisan demi lapisan mereka hamparkan.. si kakak menutup lompongan alas tidur mereka dengan surat khabar juga.

Pakaian diagihkan, makin ramai kalangan mereka mendekat.. siapa sangka orang yang kita nampak biasa serba cukup melintasi disiang hari itu sebenarnya tiada rumah. Pada zahir seperti cukup keperluan, sedangkan merekalah yang paling memerlukan.

Misi kami diteruskan lagi bergerak ke lokasi seterusnya kerana masih ada barang yang belum diagihkan . Kami ke lorong yang kawasanya tidak ramai seperti kawasan yang tadi. Ketika itu kami persatuan Isi UKM dengan kerjasama Muslim Care membawa makanan, kelihatan beberapa tubuh mula mendekati kami, ada yang segan meminta.. tapi faham, mereka mahukan makananan tersebut..plastik demi plastik dihulur.

Dilokasi yang berbeza.
Datang seorang anak muda lelaki remaja, nampak sihat. Dia dan rakanya melihat dari kejauhan.. aku memerhati, dia datang kelihatan wajahnya agak segan silu..minta makanan, dihulur makanan kepada adik itu dan untuk lagi dua sahabatnya. Dia berterima kasih lalu beredar ke tempat kaki lima tadi semula. Aku perhatikan, mereka bertiga. Lantas mereka duduk bersila disitu juga dan terus menjamu selera.. tiada perbualan antara mereka sepertinya menikmati makanan yg diberikan yang hanya nasi goreng dan telur goreng. Sayu hatiku melihat keadaan mereka bila terkenangkan, umur itu sebaya adik lelaki ku dirumah.. Tak dapat dibayangkan jika itu adikku. Sepatutnya di waktu begini anak-anak muda seperti mereka berada di atas tilam, bukan di kaki lima yang bahaya bila-bila masa sahaja mengundang. Jiranya tidak tahu siapa baik, siapa berbahaya.

Dalam 3 pagi misi kami sudah selesai, kami berkumpul Sebelum beredar, wakil Muslim Care memberi ucapan.. antara bait akhir yang paling aku terkesan, 
"pulanglah ke tempat kamu semua yang selamat" sedangkan disitu ramai yang tidurnya diatas simen kesejukan, terdedah kepada bahaya (ketika melalui lorong-lorong itu pasti ada sahaja  lipas, tikus melintasi) tidak dapat menikmati apa yang kami nikmati. Kembali ke kolej, serba serbi ada keperluan..

Lihatlah mereka seperti keluarga mu meski tidak ada pertalian darah, jangan hanya melihat dan berlalu pergi.. doakan lah kehidupan yang lebih baik untuk mereka, lebih baik sekiranya dapat menghulur sumbangan. Kerana pasti, mereka yang pernah melalui sebelah kita bukan saja-saja Allah pertemukan hatta walau sekilas pandang. Boleh jadi  merekalah saksi diakhirat kelak, menuntut hak sebagai saudara muslim layak dibantu.

Kekuatan

Mei 25, 2018 Sufia 0 Comments

Carilah kekuatan
disaat lemah itu
lemahnya jiwa bukan kerana fitrah
lemahnya kerana benteng belum kukuh
bagaimana mau menghadap musuh seribu bala tentera
sedang kubu masih belum terbina kukuh?


Diari

Final Week

Mei 21, 2018 Sufia 0 Comments


Minggu yang rushing bukan? minggu ke 14, minggu terakhir memang terasa bahangnya.. para mahasiswa mula nampak riak keletihan, lesu mengantuk. tapi, aku disini boleh pulak menaip untuk  penulisan blog ni. HEHEHE nak lepaskan perasaan sikit, luaran memang tersenyum gelak tawa dengan kawan-kawan. Hakikatnya dalaman , mood swingnya alahai tak tau cane *emojitutup mulut. Tapi dalam kesibukan, ada program dah berjaya kau lalui Shah. Goodjob ! *tepukbahusendiricakaptahniah

Ada satu pengalaman mendekati anak-anak, Program Cilik Al- Quran namanya. kerjasama dengan pihak al-Baghdadi. pesertanya terdiri dari adik-adik sekolah rendah, tadika pun ada. Aku yang takda sangat pengalaman layan karenah anak-anak kecil ni, tapi dalam kalangan rakan-rakan yang lain diorang ada yang ada pengalaman jadi cikgu etc. Macam-macam karenah, ada yang behave yang nakal tak tau nak cerita macam mana. Alhamdulillah, all iz well.

Lets move on to the other part..

doakan saya dan teman-teman dapat menempuhinya:

-Puasa yang diterima
-Final Exam
-Submit semua task
-Pulang beraya dengan selamat!

Wassalam.

CARA SAMBUT RAMADAN

Mei 14, 2018 Sufia 0 Comments



Dari ustazah Norhafizah di IKIM.

● Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini

● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem" dan org yg mendengar menjawab  "Allahu Akram"
Maksudnya "Ramadhan Mulia" dan jawapannya " Allah lebih Mulia"

● Sambutlah Ramadhan ini dgn wajah yg berseri-seri tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini.

● Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn AMALAN dan TAQWA

Ramadhan Kareem utk sahabat semua