Hikmah | Perlawanan Sengit

Februari 02, 2019 Sufia 0 Comments

H I K M A H

Yakin pada Allah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya


—————————————-

Perlawanan sengit

Mungkin setiap orang ada sesuatu yang mereka berlawan dalam diri setiap mereka.

Pada aku, ada sesuatu yang masih aku berlawan dalam diri. Bukan mudah mengawal kesedihan dan keadaan hati yang berbolak balik, menangis sendirian itu biasa asal kau tahu Allah bersama. Bukanlah bermakna kesepian. 

Ada juga teman rapat yang menceritakan permasalahan mereka.. dan aishah yang setia mendengar isi hati mereka (walau bagaimana ada yang yakinkan, aishah sorang je yang tahu perkara ini) aku juga meletakkan kepercayaan kepada mereka, dan ketulusan yang mereka berikan. Dan terpulang kepada mereka jika mengharapkan agar aku senantiasa bersama mendengarkan, maafkan aku kadang aku terpaksa memberi hak ruang kepada diri aku juga. Kadang ketika kau diuji, aku juga diuji dengan perkara yang lain. Selepas fasa itu, InsyaaAllah aku telah pulih. 

Sedia menjadi pendengar setia, itulah aku jika dinilai sejak zaman sekolah.. menjadi pendengar & cerita hati mereka. Aku dengar dan cuba beri nasihat walaupun aku tidak pernah mengalami apa yang mereka lalui.. asalkan aku mahu pengakhiran yang baik setiap ujian yang mereka lalui. Tersenyum melihat seorang insan ini alhamdulillah sekarang mereka sudah bahagia setelah banyak tangisan luahan didepanku.. kadang rasa tak layak untuk beri nasihat tapi cuba juga, tersenyum melihat mereka bahagia bersama. 

Bukanlah bermakna menjadi pendengar tapi mendoakan itulah pendengar yang sebaiknya.

Di sebalik itu, aku juga punya duka.. rela disimpan sendiri mungkin itulah aku sejak dahulu. Bila tiba masanya, kisahku diceritakan melalui air mata, dihadapan Tuhanku..sendirian aku mahu hanya Dia yang tahu. 

Ada sahaja nafsu mahu dilontarkan rasa sakit itu ke story atau status. Lebih baik tidak, agar lebih terjaga akhlak.. 

Lontarannya aku bawa ke sudut yang lain, luahan melalui penulisan nota kepada diriku. Biarlah pada masa kemudian hari aku nilai balik patutkah tersimpan rasa sebegitu dan patutkah aku melayan perasaan sebegitu rupa.

Pertaruhanya sifat pemendam aku. Ada baik buruknya. 

You Might Also Like