Diari

My First Men 👳🏼‍♀️

Jun 20, 2021 Sufia 0 Comments





Facebook repost balik memori minggu ini . Waktu itu tokwan kritikal di hospital, alhamdulillah beliau telah selamat kembali kepada-Nya pada Hari Jumaat, Ramadhan♥️ 


Pertama kali kehilangan orang yang palingggg sayang sebab tokwan suka layan cucunya, cakap ja aku nak apa tokwan akan usaha tunaikan. Satu hari aku tanya tok tokwan umbut kelapa tu macam mana, tahu-tahu tokwan dah tebang salah satu pokok kelapa untuk dapatkan umbut.. tak silap namanya umbut kan? bahagian tengah batang pokok kelapa orang buat gulai. Alhamdulillah first time dapat merasa . He was my first men, dan aku memang pandang tokwan ni macam hero.. dia pandai silat, main seruling, sembelih binatang, pembersih, sayang gila kat tok dan usahanya nak belajar agama walaupun bukan seorang ustaz.. everything that a woman wish for. Tambah pula tak merasa ada ayah sejak mak
berpisah waktu kecil, dia berlepas tangan. Tapi okay jee😊.. 


Ketika ini aku tingkatan 5, tahun tu SPM. Dua minggu tidak datang kesekolah sebab bersama family. Kehilangan arwah satu kesedihan paling besar. Boleh kata berkurung dan tak nak makan juga, mata pun asyik mengalir ja nak buat guane 😅 sepanjang tokwan dirawat dia diam sahaja dalam kesakitan, tak pernah dengar dia bercakap semenjak masuk wad. 


Memang sakit kehilangan tu sangat memberkas. Salah satu doa aku sangat-sangat mohon kepada Allah SWT agar pulihkan rasa sedih kehilangan ini. I just want to know that he is okay even he’s gone..Beberapa hari tokwan dah tiada malam tu aku bermimpi..  nampak dia dekat katil hospital gelak tertawa bahagia sangat sambil bersembang dengan orang, tokwan tak terbaring tapi tengah duduk nampak sihat.. mimpi itu yang ubati kehilangan ini. Dan aku yakin Allah Maha Mendengar isi hati aku 😭 Terima kasih Allah..

Rindu bertamu dalam doa ❤️


With love , for wan..


You Might Also Like