Diari

Bagaimana Aku Terjebak ikhtilat (Part 2)

Jun 08, 2015 Sufia 0 Comments



Oleh kerana post yang tadi  panjang mengelebar sangat.. maka aku sambung kisahnya disini pulak

Baiklah aku teruskan..

Aku sangat menjaga ikhtilat  diantara mereka , ada juga yang pernah cuba menegur aku di dalam sekolah mahupun di kelas. Mungkin kerana bilangan kaum adam dalam kelas itu lebih mendominasi kami kaum hawa mereka berani menegur aku tanpa urusan, tapi reaksiku tetap begitu... Sama ada aku diam tanpa bicara atau memandang dan beralih ke tempat lain. Mungkin mereka sudah tahu reaksiku sebegitu rupa, tiada lelaki yang berani mendekatiku. Tapi walaupun aku yang begitu, hati aku mula terpaut pada seseorang. Memang.. aku dah mula ada crush ketika itu. Mungkin kerana setiap hari terlihat makhluk itu dalam kelas aku mula ada perasaan terhadapnya. Tapi, lebih baik aku diam.. jangan layankan perasaan walaupun terkadang aku memikirkanya.

Habis sudah zaman persekolahan. Dia, yang pernah aku gelar crush pernah suka la sangat dahulunya mula berhubung melaui facebook. Pada mulanya, aku hanya reply mesejnya atas urusan sekolah untuk mengambil sijil-sijil selepas persekolahan dan lainya SAHAJA. Tapi, syaitan itu sungguh licik.. kadang aku faham dalam chat itu dia mula membuka kata perbualan kosong. Aku diam tanpa balas

Selepas tamat Spm juga, aku dapat merasai sebuah smartphone sendiri. Saat itulah, Whattsapp menjadi perkara baru dalam duniaku. Pasti sahaja ada group, group kelas telah lama ada cuma aku sahaja yang baru menjadi ahli. Dari situlah kami mula berhubung.. Whatsapp.

Cukup malu untuk aku katakan, mula-mula hanya chat atas perkara urusan. Lama-kelamaan bagai sudah menjadi rutin harian kami ber whatsapp.Ketika itu aku berfikir apa salahnya aku mula berchat.. kerana aku sudah tiada apa-apa perasaan suka mahupun minat dalam diam lagi. Tiada lagi perkara penting menjadi urusan... hanyalah bualan kosong.

Mungkin telah biasa ber-chatting. Dia tiba-tiba jujur meluahkan
"Sebenarnya... dulu aku suka hang dari sekolah lagi"

Aku terdiam.

Tak tahu bagaimana reaksiku.. bagaimana seorang yang pernah aku crush tiba-tiba meluahkan sebegitu sekali.
Tidak.
Tidak akan aku luahkan perasaan aku dulu yang sama.

Ketika itulah hati aku mula tersedar, betapa hebatnya panahan syaitan. Betapa liciknya dalam menyesatkan.

Temanku pembaca sekalian, andai kau sayang Rasulullah.. kau elakkanlah daripada zina mata. Sedangkan Rasulullah memalingkan muka seorang sahabat dengan tangan kerana terpesona  melihat kecantikan seorang wanita. Mengapa Rasulullah berlaku sedemikian, kerana itulah zina mata darinya menyebabkan bintik hitam dihatimu.
Temanku sayang, bagaimana perlakuanmu yang suka melihat ajnabi.. lelaki hensem mahupun wanita cantik apatah lagi auratnya, jangan terkejut andai pasangan halalmu suka memandang lelaki/wanita lain.
Temanku sayang, andai kau terbiasa berhubung tanpa batas dengan ajnabi, janganlah terkejut andai suatu hari pasangan halalmu lebih mesra berhubung ajnabi lain daripadamu,
Siapa kau sekarang ini cerminan pasanganmu.





You Might Also Like