Bingkisan rasa

Terbiasa

Jun 11, 2015 Sufia 0 Comments


Memang lah


Manusia itu tak sempurna, bukan maksum sebagaimana Rasulullah

Tapi.. mmang sungguh banyak tapi dalam diri aku
Aku terkilan kenapa dia sedemikian rupa
Mulanya bersungguh kau katakan itu ini
Penuh perasaan, sangatlah kau bersumpah
Umpamanya kau memegang segala janji, kata kata.

Sekarang ini pula diri kau
Sangat lain.. dan aku pelik melihat
Gelagatmu umpama manusia disekeliling hanya boneka yang tidak bernyawa
Gelagatmu terkadang baik
Dalam baikmu, kau hamburkan kata-kata yang buruk terhadap irang lain
Tak kau sedar
Itulah Umpatan

Yang kau kata... yang kau...
Itulah daging saudaramu sendiri yang kau makan

MEMANG, aku hidup dalam masyarakat yang sudah terbiasa dengan nya
Gossip
Mubgkin kau terbiasa hingga membawa aku kelembah khinaan yang sama

Telah berkali-kali kau dengar
Sampai jenuh telingamu
Tahu, itu ini hukumnya....
Tapi kerana terbiasa
Ya biasa biasa biasa biasa

Terpaksalah kau biasa dengan



Azabnya neraka


Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pengumpat lagi pencela, (1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah". (4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu? (5) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang ke hati; (7) Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9)



Walau sepayah mana aku mencuba didik diri
Kerana kehidupan udara yang sudah terpaksa aku hadapi
Ya Allah... Jauhkanlah kami daripada apa yang kau murka.

Demi Ummah.

You Might Also Like