Diari

Di Universiti Bukan Segalanya Tapi Segalanya Bermula

November 22, 2017 Sufia 0 Comments



Disinilah aku mula belajar pelbagai aspek kehidupan.. bermulanya dari pra-universiti ke zaman melangkah alam universiti yang sebenar. Aku mengenal dan belajar. Setiap aspek kehidupan mula di sentuh wajib aku laluinya..

Tuhan, adakah ikhlas perjalanan yang aku lalui ini untuk-Nya. Untuk menuntut kemahuan diri atau seikhlas membawa me akhirat. Kadang sentiasa tersasar dari tujuan sebenar, kerana kesibukan mahu selesaikan pada dateline yang menuntut janji.

Bermula dari menuntut ilmu. Ramai sungguh yang mengejar ilmu tapi ramai juga yang tersasar dari landasan ilmu walaupun di dalam dunia ilmu.

Muallim, aku bukan pelajar yang bijak. Tahu dan faham dimana kebodohan diri, lambatnya.. Adab berguru aku mencuba jaga. Sedar, pasti ada kekhilafanku pada mereka, aku mohon keberkatan mereka kerana mereka penyampai ilmu yang tak mampu aku ungkapkan kehebatan ilmuanya.

Ibu, hanya satu tempat aku bergantung kerana hidup aku sekian lama tidak berbapa. Bukan sudah meninggal, tetapi adanya seperti tiada. Bukanlah anak yang terbaik dalam kalangan adik beradik. Pernah aku sakiti hati ibu...seburuk mana aku aku cuba baiki, dialah kunci kehidupan aku.

Kewangan, rasailah sempitnya rasa kekurangan duit itu.. Malunya meminta wang dari ibu kerana baru kau rasakan susahnya berusaha walau bernilai seringgit pun. Perbelanjaaan yang perlu kan banyak sangat.. beban hutang diawal usia.

Assignment. Perkara pertama-tama yang mustahak wajib ada dalam kamus para siswazah. Banyaknya tugasan aku masih kelam kabut cuba sesuaikan.  Hmm.. nampaknya aku masih lompong menguruskan kepentingan ini.

Kawan, disini barulah kau mula mengenal manusia itu pelbagai ragam. Bukan semuanya malaikat. Bukan semuanya sejahat manusia. Ada yang kenal untuk menggunakan, ada yang terzahir keikhlasanya disaat susah. Apapun aku bersyukur mengenali kawan yang baik.

Hati, andai mata kau gagal menahan. Rosaklah hatimu. Binasa, itulah merosakkan segalanya, berat sungguh dirasa dengan kelemahan diri.

Purdah, perkara ini bukan mudah untuk kau jaga. Ada yang suka ada yang tak dengan kehadiran secebis kain dimuka ini. Saat paling sakit ialah terpaksa me.. takpalah biar aku simpan sendiri.
Tapi ada waktu perlu dibuka jika diminta oleh pensyarah.. itu ialah salah satu adab berguru. Cuma perasaan malu itu sangat kuat, cubalah sayang jika perlu kerana asalkan tidak melanggar syariat. 😶

Usrah, sinonim jika benar mahu mencari Islam pada ikatan ukhwah fillah. Dalam keletihan menghadapi hari penuh padat, aku temukan ketenangan dibalik wajah yang memberi nasihat.

Maksiat, ya ini universiti awam. Jangan sangka semua orang yang belajar pelajar terpelajar sebaik-baik penuntut ilmu. Ada yang memang ketagih dengan maksiat. Sekalipun namanya universiti ada program yang benar jelas maksiatnya aku kecewa bila diwajibkan untuk pergi. Malu! Aku keluar kerana tempat itu boleh membawa fitnah kepadaku dizaman fitnah akhir zaman ini.

Masa, pesan seorang akak senior setiap kali berdoa mohonlah agar diberi keberkatan masa. Ada orang dalam satu hari boleh siapkan banyak kerja, ada orang satu hari lambat sangat untuk siapkan satu kerja. Ya benar, tapi aku juga percaya banyak masa yang dihabiskan untuk satu kerja itu juga membuahkan satu hasil yang berkualiti. Bukan sekadar asal siap. Kedua perkara ini penting, berkatnya masa dan sungguh-sungguh untuk mencapai kualiti yang baik.

Berniaga, disini aku belajar perlu mencari duit untuk survive. Bukan sekadar mengharapkan duit dari ibu saja. Aku cuba.

Kemudian apa lagi..

Perlu difikir tentang perancangan masa depan. Aku tak mahu sekadar just follow the flow. Aku mahu follow my ambition.

Jodoh, tidak mengapa pada aku. Perkara ini akan datang kemudian. Tidak mahu aku mencari cinta manusia sedang nanti ibu aku masih sendirian tidak berteman, satu hari. Perkahwinan suatu yang menakutkan padaku kerana menyaksikan sendiri lelaki yang memecahkan hati-hati wanita.

Assalammualaikum aishah, banyak lagi cabaran mendatang.. apabila umurmu mula menginjak usia 20 baru terbuka matamu melihat dunia sebenar yang kau kena berdiri sendiri. Tiada yang sempurna,tapi kau mampu tampal ketidaksempurnaan itu.

Usia inilah kau perlu mencari bekalan, kuatkan ketahanan, do what you want dan berbaktilah untuk ummah!

Fasa Baru Bermula

Oktober 05, 2017 Sufia 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Sudah lama terdetik di hati untuk update catatan disini, tapi selepas bermula menjadi mahasiswa di UKM ni, aku belum pandai lagi uruskan masa dengan baik.

Banyak dah terniat di hati nak coretkan perkongsiaan ilmu dan pengalaman sepanjang sebulan di sini. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Semoga istiqamah update sesuatu yang memberi manfaat.🎈

Sentap Dulu Bukan Sekarang

Julai 09, 2017 Sufia 0 Comments




Kalau dibaca sye'ir Arab banyak mutiara berharga,
Nasihat nya berilmu banyak guna,
Begitu juga bait-bait kata puisi klasik Melayu ,
Puisi zaman Tok Kaduk,
Sajak, pantun, gurindam, seloka banyak nasihat
yang menghibur terselit kata ingatan,
Sehingga direnung habis maksud yang dalam itu

itu penulisan dahulu,
Jika dilihat orang dahulu tak banyak sumber seperti kini internet dan buku
Fikiran mereka sangat suci,
Kata-kata lahir dari keikhlasan bernasihat,

Mereka sangat menghayati pengalaman Mahu memberi tunjuk ajar kerana sayangnya pada pewaris mereka

Sekarang, nasihatnya lebih mahukan 'deep' , sentap.
Niatnya mahu nasihat tertusuk dalam hati.
Biar rasa itu kuat asal terasa
Kerana nasihat itu berunsur perasaan marah bukan bersulam kasih.

Tapi bukan semua
Ada.
Bingkisan rasa

Rendahkan Diri

Jun 13, 2017 Sufia 0 Comments


Aku cuma terkilan bila kau memberi perbandingan kata2 kau dengan kalam suci Allah. Takkan sama kata-kata puitis setinggi gunung manusia dengan ayat Quran. Aku pernah sedikit menuntut ilmu tafsir bukan bermakna bebas untuk mentafsirkan menggunakan ayat-ayat Allah, aku sangat takut. Kau tetap mahu menegakkan kata-kata mu, kerana kau diberi kelebihan pantas berkata. Aku bukan ulama' tapi rasa salah perkara yang aku rasa bersalah andai tiada yang menegur. Bukan perdebatan yang aku mahu sehingga timbul perselisihan.

Aku perhatikan kau, ada yang menegur dengan sopan kau akan mencantas bangkang seribu satu sebab tanpa merendahkan diri walau sedikit. Ingat manusia lain juga turut membaca, kami turut nampak .
Tundukkan sedikit dalam segala hal walau pandangan manusia lain-lain.

Sedangkan Rasulullah juga pernah ditegur Allah melalui wahyu al-Quran kerana baginda berpaling daripada seorang buta ketika dakwahnya.. Inikan pula kita manusia biasa tanpa derajat setinggi wali Allah.
Jangan mendabik dada.

Aku juga menuntut ilmu agama kau juga menuntut ilmu agama tapi jangan pernah merasa diri lebih baik.

Lebih ramai lagi yang lebih baik tiada siapa yang tahu kecuali Allah dan malaikat.

Dan aku ingat juga pesan mufti menk. 
Protect your heart. Give up mindless chatter on social media & among friends. Spend time in good company. This life's short. Don't waste it

Maaf dipinta kerana aku juga punya salah.

Jadi aku tak mahu panjangkan sebab aku menegur bukan untuk menang. 
Kau orang dikenali jagalah diri.

Sama-sama kita muhasabah diri.
Study

Pengalaman Temuduga UKM

Jun 08, 2017 Sufia 0 Comments



Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh (dah baca jawab salam ye)

Beberapa hari yang lepas aku ada dapat panggilan temuduga untuk pemilihan kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , jadi diharap entri ini dapat memberi faedah kepada adik-adik yang bakal menghadiri temuduga UKM, walaupun sesi 2017 temuduga dah habis harap berguna di masa akan datang.

Basically, daripada apa yang aku tahu setiap permohonan UKM yang mana memang melalui UPU dalam senarai program UKM ada # . # ini bermaksud program tersebut ada temuduga, selalunya program temuduga ini untuk kos pendidikan macam itu la. Tapi kalau nak masuk UKM, mesti melalui temuduga sekiranya terpilih untuk disenarai pendek melanjutkan pengajian di situ, tak kisahlah kos yang pendidikan atau bukan. 

Hari yang aku dapat temuduga ialah pada 7 Jun. Hari temuduga start daripada 5 Jun . Jadi sebagai yang lambat sikit ini relax la sikit, relax-relax pon dalam hati sapa tau menggelabahnya macam mana kan?😅

Jadi memang cukup lah masa untuk buat persediaan bagai, sebab keputusan temuduga tu keluar dalam 25 Mei gitu. Kena rajinkan diri buat carian di internet bagaimana temuduga di sana dan info-info yang perlu tau.

Oh ya, lupa nak habaq. Aku dapat temuduga untuk kos Ijazah Sarjanamuda Pengajian Al-Quran dan Sunnah sebab itu yang diletakkan dalam pilihan pertama. Kos ini dibawah Fakulti Pendidikan Islam. Jadi siapa yang dapat temuduga di bawah kos ini bagi perhatian lebih sikit ya!

Info-info ini aku dapat daripada senior-senior , kawan-kawan (yang dah memlalui temuduga ini) dan berdasarkan pengalaman sendiri (aicehh, berpengalaman konon ) hekhek

  • Temuduga tersebut akan dijalankan secara berkumpulan (5 org, 3 org dll)
  •  Soalan temuduga ini terbahagi kepada tiga bahasa -  BM, BI, & BA
  • Mula-mula itu kena ada bacaan Quran dan tajwid - kalau bernasib baik tak ada sebab kebanyakan kawan aku tak kena, macam aku kena baca ayat al-Quran tapi panel tak tanya soalan tajwid. Yang penting tekankan imalah dan isymam untuk bacaan dan tajwid. (Jangan tekankan imalah dengan isyamam je sebab tu yang korang study tajwid lain kelaut  NO! NO ! NO!👎 )
  • Perkenalkan diri
  • Kenapa pilih UKM/ kelebihan pada diri/ dah keluar nanti nak jadi apa/ kepentingan arab dalam dalam kehidupan 
  • Soalan isu semasa - Soalan ini kena peka tentang perkara yang berlaku disekeliling kita, pada tahun 2017 ini isu yang lebih diberi fokus tentang Daesh, ISIS, TN50, krisis negara Arab . Kalau ada tentang politik elakkan daripada tunjuk korang anti/pro mana-mana parti ya, kene kalau panel tu tak tak sehaluan dengan parti kita 😢 faham je lah.
Soalan-soalan ini nanti akan ditanya samada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Kecuali waktu bacaan panel cakap suruh baca Quran dan soalan tajwid dalam Bahasa Melayu. Wallahua'lam.

Sebelum itu, kena ada tatacara juga , pesanan ini daripada seorang senior juga:
  • Pakai pakaian yang formal dan sopan.
  • Masuk bilik bagi salam.
  • Duduk selepas panel bagi arahan atau persilakan duduk.
  • Baca al-Quran dengan tertib, bertajwid, kuat, jelas dan jangan gopoh.
  • Jawab semua pertanyaan dengan tenang. Tarik perhatian panel.
  • Dah habis, ucap terima kasih tolak kerusi masuk dan bagi salam . Kalau dekat berjabat salam dengan panel dan keluar dengan tertib.
Diharap sedikit sebanyak dapat membantu. Bagi yang tengah dok mencari maklumat, tak tenang nak hadapi hari interbiu ka. Bittaufiq wannajah ya!💪

Wassalam .

Sebarang pertanyaan atau persoalan boleh inbox saya, mana yang mampu saya cuba jawabkan.

Bingkisan rasa

Pokok dan Ibu

Jun 01, 2017 Sufia 0 Comments

aishahsufia


🌸 Mungkin itulah kepuasan bagi ibu, berbudi kepada tanah dengan bermacam anti-bodi disuap pada pohonya.
Katanya dulu tak suka orkid, tanaman manja sebab penjagaanya yang rumit. Tapi, bila benci jadi cinta. Fahamlah, jaga sungguh. Bila ada nampak putik (tanda nak berbunga/buah) "yeayy pokok ibu dah nak keluaq bunga"-kata ibu🍀.  Puas apabila melihat hadiah daripada tumbuhan yang juga tunduk sujud pada Allah memberi kebahagiaan pada tuanya. Cantik mata memandang, ada juga wangian haruman ahhhh.

Kalau aku sukalah dapat pegang-pegang bunga tu rasa macam nak petik buat harta, bau nya memang memikat.

tapi bab jaga bunga memang hampeh la.
🍃

Sedangkan pokok kaktus pun boleh mati dibawah jagaanku.🌵 Rest in peace guys😿

Sad ending. Kbye 🏃💨
Diari

I'm officially 20

Mei 11, 2017 Sufia 0 Comments

a piece of past memory

Assalamualaikum and a very good day for you. I never expected that my -teen years ended now. My mum once or few times told me that I was born right after the Azan Fajr. Soon time which is this subh means that was the time my mum gave birth to me. I thought that was a memorable thing to know something about me that I forget how it feels like, baby just cry to express everything they want.

By the way, I also wanna express that I'm sorry to my friend for her lost, her mother died on 9th May as we know that it's the month of Mother's Day as everybody post about on their social media. I hope she stays strong and be happy afterwards, because I know her as happy go, lucky person.

Alhamdulillah, I've got opportunities to celebrate the birthday by people surround. I've saved some memories though. If I was at the hostel back in my high school years, every single people that pass a by wishing a Happy Birthday, tell me! knows I'm walking to the toilet, pray at Musolla and the best part was my juniors create some card wishing me a happy birthday *aww I think that just sweet.


Then here goes to my pre-university year where nobody know me for sure and it was orientation week that extended to few weeks. LOL Nobody knows, but I'm just glad that I've come this far, so I whisper to myself a Happy Birthday dear me.

Thank you so much for birthday wishes dear u, you know who you are! 

Dear reader, I am sorry for my broken English.
Diari

Cerita Hari Graduasi *tanpa topi petak

April 16, 2017 Sufia 0 Comments


Selesai sudah majlis graduasi di bumi Smap Labu, aku pasti kebahagiaan rakan-rakan seperjuangan masih terasa sejak hari itu.

Perjalanan sebelum sampai ke Negeri Sembilan seperti mana biasa ke asrama. Tapi kali ini bukan untuk ke hostel jadi feeling-nya agak berlainan dari biasa. Awal pagi Jumaat ibu dah rushing hantar ke KTM Taiping, naik ets. Aku je lah first person untuk the next-train ini. Kedai runcit pon tak buka lagi. Ibu terpaksa hantar awal sebab nak ke sekolah, ada program juga. Kemudian datanglah teman se-keretapi sejak first masuk smapl, Fatin datang satu jam setengah kemudian. Kami dapat pulak sit depan sekali, dapatlah jenguk pilot tu 😅. Dalam tren fatin dah tersenguk ketiduran 😪 , kemudian aku pulak yang tidur sampai nak sampai lah ke Seremban. Sekali air-con dia pergghhh nak beku kaki. Boleh jadi Olaf  dalam movie Frozen... tapi hidung je tak cukup tajam. 

Sampainya di Seremban, ada Fatehah. Terima kasih yo belikan coin untuk ke Tiroi. 😘 Dah sampai tiroi Farah tiba-tiba wasap "Aishah kat mana?" Belum sempat balas dia dah taip "Kite kat Tiroi ni" "EHHHHH!" Tercongak-congak aku mencari kelibat Farah. 
"Mungkin kereta yang tu" Fatin/Fatihah *tak ingat sapa cakap heh. Kereta yang diparkir paling hujung sekali. Nak pergi  ke sana takut silap orang. Cuba lambai pulak, aku pun angkat tangan ni. Dia balas balik la ! *Dah macam berjoget dah tengok dari jauh cara Farah lambai. Gelak sakan nengoknye. Pergilah meet and greet Farah dan maknya kat sana.

Tunggu Anis pula nak ambil kami, dia punya kejap, sampai berlecak ketiak ni hahahah. Anis ni penduduk Labu yang sangat baik hatinya. Selalu tolong kawan-kawan. Thank you anis 😘 . Tapi kan.. MASHA'ALLAH dia punya drive boleh menang f1 Vrommm vromm 🚘 *sampai tayar boleh pecah (ini fakta) hehehe. Akulah tu orang yang mengucap, melatah, menjerit bila dia buat drift , langgar bonggol laju-laju terhantuk kepala ku *ouch! dan buat lek. Lepas ni Anis drive kena pakai helmet 👒. Terima kasih jugak sebab angkut kitorang dalam kereta Anis sampai lebih had penumpang. 🚫

Kemudian ke rumah nenek dan atoknya di Labu. Aku sangat suka dengan family Anis ni. Layanan diorang memang memuliakan tetamu. Ibu dan nenek Anis pulak suka jamu makan, sampai satu batch dijemput waktu beraya. Aku doakan keluarga dia dilimpahi rahmat Allah dan dipenuhi dengan mahabbah. 

Kemudian kami ke sekolah pula. Fatin dan Fatihah beria nak jumpa cikgu Ayu (guru kelas kesayangan yang memang sah ayu dari namanya) *puji lelebih pulak😊. Naik turun ke bilik guru, tanya junior, cakap "cikgu dah balik mungkin " Fatin wassap, tunggu cikgu balas... bila nampak "cikgu typing.." eksaited sungguh depa ni. Tapikan tapikan, cikgu tak dapat hadir sebab masalah kesihatan.Shafakillah cikgu.😟
Kami dah tinggalkan kek dalam peti ais bilik guru. Malam tu cikgu post di facebook ucapkan terima kasih . Aww so sweet!

 Hari itu juga ke rumah Fatihah Anis. Yang bestnya mak dia kata aku ini pendiam ..hewhhew 😅. *suke lar tu. Padahal ... Terima kasih bagi Chocolate dari Langkawi. Dapnyeee🍫

Malam itu kami bermalam di Jimah, rumah Anis.

Esoknya, Sabtu.
Kemudian trip yang kedua datang pula Auni (Selangor) dan Hanis Shah (Kedah), Anis ambil di Tiroi juga. Salwa dah ada di rumah nenek Anis di Labu. Bila dah jumpa tu Masha'Allah. Memang riang ria kanak-kanak ribena sungguh dengan atok Anis pun di usiknya.😂

Selepas sesi pengambilan jubah 


Hari ini kami ambil jubah untuk graduasi. Dan berpindah ke homestay pula yg ada lagi Afina, Ainul dan Pija bersama adiknya. Kemudian aku ikut ke Port Dickson, Salwa nak hantar duit ke adiknya yang mana Anis juga bekas pelajar sekolah itu, SMATKEM. 🏤

Pukul 2 dah nak start rehearsal dah. Kitorang lambat sikit orang lain dah masuk dewan. 😯
Apepon Anis , Farah dan Ika sempat fly akibat kebosanan. #ayo! dalam group bila diorang cakap dah kuar dan aku menahan mengantuk dan kepanasan.

Malam itu sempat call Cikgu Ayu, cikgu tak dapat hadir esok sebab demam cikgu belum kebah. Memang sebaklah bila dengar suara cikgu dan terbatuk-batuk. Kami sama-sama menangis, berat ujian-ujian yang cikgu sedang pikul sekarang ini. #farabi1lovecikgu

THE DAY 🎓

Thank you kat Ainul pula sebab hantarkan kami ke sekolah. Hari graduasi yang dinanti. Dah siap daftar. Kena beratur luar dewan sebelum majlis bermula. Jubah aku pula ada pada Salwa *tertinggal dalam bonet kereta. Dah la aku akui memang spesis cepat gelabah apalagi tercongak-congaklah 😅. Seb baik sempat, sorry lah beb aku ada rasa geram sikit sebelum ko sampai 😈

Perarakan masuk ke dalam dewan, senyap betul saat kami melangkah masuk ke dalam dewan. Aku dah bayangkan kakak-kakak aku dok tengok rupanya tak sampai lagi. (Ciss)
Waktu majlis tu diorang pm, kakak boleh terlena dalam event tu. Ye lah tunggu vip tak sampai lagi kan? Kah kah kah 

Waktu dah beratur untuk naik pentas memang dah rasa debaranya. Sempat lagi selfie bhaii bbersama Lela. Heh
Alhamdulilah dapatlah anugerah STPM kategori Perak disebabkan pencapaian yang agak memberangsangkan.🎉 Dan bila diumumkan namaku, berjalan kepentas, relax..cuba tenangkan diri. Laju je aku tunduk hormat ke arah VIP macam ayam patuk bila tengok balik video 🐓.
Alhamdulillah, selesai!


Walaupun ibu tak dapat hadir, aku paham. Tak kan ibu nak drive sorang-sorang dari Perak sampai Negeri Sembilan, esok tu sekolah. Thank you kakak-kakak sebab gantikan , sampai digelar auntie. Hahahahah 😂 tu aku suka! Sempat lagi video call dengan Ibu, adik dan kucing di rumah. Kemudian pulanglah mereka (kakak) ke sarang masing-masing.

Di majlis itu ada Ustazah Bahiyah, guru Bahasa Arab kami selfie bersama. Tak sempat jumpa Cikgu Rosman dan Ustaz Najmi. Sempatlah Ex-farabi 1 bergambar bersama walaupun Syapik tak dapat dikesan. Dan guru kelas kami tak dapat hadir, dialah yang menjaga dari tahun pertama sampailah akhir. Kami rindukan cikgu sangat-sangat 😭, semoga Allah pulihkan kesihatan cikgu agar sihat walafiat.

Alhamdulillah everything went well as planned walaupun nasi untuk kami basi. #isk 😠
Tapi, dah bukan rezeki redha je la

Tahniah diucapkan kepada semua batch Prodigy. Di masa depan ada rezeki yang menanti kita , yang penting biarlah lelah menuntut ilmu daripada menanggug peritnya kebodohan.

Terima kasih kepada Fatin Syafiqah dan keluarga sudi tumpangkan aku. Maaf menyusahkan 😅.  Terima kasih juga kepad Asyikin sebab tolong ambilkan gambar 📷💥. Terima kasih warga Smap Labu yang meraikan kami semua pada hari ini.

#alumnismap
#prodigy1516graduate

Diari

Sebab-sebab Anda Perlu Pelihara Kucing

April 03, 2017 Sufia 0 Comments



Assalamualaikum warahmatullah.

sufialah.blogspot.com
RAWR! 


After a few days we had a pack cats to in our home, drive thru from Kodiang to Taiping.. Seriously, it's been a long journey. I've been scared myself on how it will be to have cats in our car for about three hours drive.


So how come? there's 4 cutie kittens and their mom with us.


So here the flashback... There are some trials to give them away because doesn't like cat until a person had an idea to throw them away at the wet market. It broke my heart to hear that someone asks to throw them away. . So my mum decided to save them from the un-knowing future
, tak boleh bayangkan nasib mereka jadi kucing jalanan. Baca posts dekat facebook, anak kucing kena langgar bagai.


Perjalanan pertama kali bawa haiwan dalam kereta, sebelum ni setakat lalat je lah sebab terperangkap bawa sampai highway. Heh.. Tau macam mana? Kat rumah tok ada satu sangkar.. eh perangkap musang. Bayangkan, sangkar perangkap tikus yang bila dia masuk tarik makanan terus pintu tertutup. Tapi besar sampai boleh muatkan 5 ekor kucing (4 ekor kittens). Itulah dia.


Nasib baik lah diorang behave, tak boleh bayangkan kalau semua nak terberak terkencing sepanjang 3 jam perjalanan mau harum satu kereta. Trafik pula slow.

Yang ibu kitten pula, "miaw...miaw..miaw". Yang anaknya sibuk main, biarlah dia tak faham realiti kehidupan tu.


Akhirnya sampai rumah waktu malam. Rumah kami memang dah ada kucing rumah . Aloyah namanya, dia ni memang tak suka strangers. Tak kisahlah manusia ke haiwan, apalagi nak cari nak gaduh la. Aloyah ni memang gangster (kakak kawasan) siapa lalu depan rumah memang dihambatnya ,kucing je lah.


Jadi berbalik kepada tajuk (nak promote kucing sebenarnya) :

-pahala menyayangi haiwan. rasulullah sayangkan haiwan dan jaga juga.

-Menenagkan jiwa. Macam mana tu? Berdasarkan pengalaman.
 Ibu yang letih baru balik kerja jadi happy sebab Aloyah akan tunggu ibu balik dan masuk rumah  sama-sama.

-Haiwan mendoakan kita, kita berbuat baik pada binatang (makhluk Allah) mereka akan mendoakan  kita, itulah juga kunci rezeki murah.

-Kucing-kucing ni dari Kodiang, (yang saya promote ni) kenapa Kodiang? Sebab Mak Cun duduk  Kodiang *alasan tak munasabah😁

-Saya bukan jual, saya sedekah.



Anak-anak kucing semuanya tadi ada 4 ekor, dah bagitau tadi. 3 ekor warna putih tompok-tompok dan seekor warna hitam berbelang. Yang mana kesemua warna putih itu jantan dan lagi seekor betina.]



sufialah.blogspot.com

Ni yang manja sangat dengan mummy

sufialah.blogspot.com
Ni yang hyper-active sangat

No wonder lah yang 3 ekor itu main ganas sangat. Dan yang belang tu suka manja dengan mak dia saja, sopan aja (my favourite). Few days ago, salah seekor mati kena hempap kayu. Goodbye baby. Macam yang aku dah cerita di post yang sebelum ini .Jadi tinggal 3 ekor kittens. Yang lawaknya, ibu kittens itu buat macam tak ada apa-apa berlaku pun walaupun dia nampak anaknya dah berdarah. Sembunyikan duka ke? Pelik.




Jadi perhatian kepada sesiapa yang mahukan ahli keluarga baru dan pahala lebih boleh lah hubungi saya




Aku tak dapat nak jaga diorang sebaik mungkin sebab Aloyah akan gaduh dengan mereka, sepertimana yang dah berlaku dengan mummy kitten. Harap ada orang yang lebih baik untuk bagi perlindungan dan kasih sayang.




Apapun aku tetap sayang korang muahhhh 😗
Diari

Menyaksikan kematian

Mac 27, 2017 Sufia 0 Comments


Hari ini aku selesema teruk ditambah pula dengan demam yang macam kura-kura. Dari pagi berselubung dengan selimut memanjang. Aku ini kalau demam selimut macam kat ais kutub dah.. HAHAHA
Ya Allah, memang bersin menyembur satu rumahh rasanya, setiap satu kerja aku gagahkan buat. Nak basuh pinggan, hachumm! nak sapu sampah Hachumm! nak pegang remote hachummm! nak update status Hachumm!

~berapa banyak hachumm daaa~

 Eh terlebih pulak, dah la kalau bersin kat rumah memang takyah terkepit  nak cover sopan. Aku rasa jiran sebelah curious sejak bila adik lelaki aku balik asrama. boleh buat rekod satu rumah aku sembur. Nasib tak ada orang kat rumah.

Malam semalam, banyak jugak gambar aku ambil. Suka-suka dengan feeling perasan photographer konon. Padahal, belambak gambar yang aku padam. Tak jadiiiiii *menangis sorang2. Banyaknya yang aku snap ialah subjek utama di rumah. The Kittens! itulah haiwan favourite and subject dalam photography aku harini.

Dari tadi dengan badan yang demam kejap ok kejap tak (Suka hati dia je kan), gagahkan sikit kemas rumah . Nanti ibu balik kerja penat-penat sejuk la hati sikit. Mata aku asyik terjenguk je anak-anak kucing tu. Kejap main, kejap tidur berjemaah. Masya'Allah comelll *dgnmatakubersinar . Niat memang kuat dah nak ambil gambar sikit, tapi kalau dah pegang camera / phone memang tak akan jadi sikit jadi lama masanya *lagha sangat kod.

"Eh, ta boley ta boley, pinggan tak basuh lagi"

Jadi aku mengalah dengan minat sendiri.

Bila petang ibu dah balik. Hari ini hujan lebat sangat (biasalah Raintown kan). Sembang-sembang kejap dengan ibu sambil share bihun sebungkus .

Kemudian aku pergi la jenguk balik anak-anak miaww tu, eh tadi nak ambil gambar kan. Handphone dah siap sedia ditangan untuk snap gambar aksi kucing-kucing ni. Bukak je pintu belakang

ALLAH!!! Terpaku mata aku, a...aaaa.. anak kucing tu..

terbaring kaku atas lantai dengan mulut nya yang terkumat-kamit.  Berdarah...

Dalam hati aku waktu tu terbayang ini kerja kucing jantan yang bunuh anak kucing ni.

" Dah! jangan fikir apa-apa lagi"

Aku lari pergi bagitahu ibu, sumpah waktu tu aku tak tahu apa yang patut aku buat kalau sorang-sorang. Ibu pergi kat dia, ibu dah melabuhkan badan dekati anak kucing yang terbaring kaku itu.

"Allahumma Solli A'laa Muhammad" ibu ucapkan kat anak kucing itu.
Barulah aku tau waktu ibu mengucapkan selawat itu anak kucing itu menarik nafas yang terakhirnya.

Aku dah memang sedikit berair mata, malaikat dah cabut nyawa makhluk Allah ini.

Gambar malam sebelum dia mati. Dia ni antara adik-beradiknya paling sopan dan suka tidur.
Sekarang Allah dah bagi dia rehat untuk dia selamanya 

Ibu pegang-pegang badan kucing itu, memang sangat lembut. Baru sangat dia hembuskan nafas terakhir. Depan matanya.

Sambil itu, ada kayu disebelah kucing itu.. Aku fikir salah aku yang letakkan kayu didinding tersebut. Semalam, waktu anak-anak kucing main memang ligat diorang panjat kayu tu . Tapi aku tak sangka senang sungguh membawa maut kepada salah seekor.

Bagaikan seekor haiwan kerdil yang diketuk terus mati begitu sahaja.

Macam mana lah kita hamba Allah yang memang kerdil. Bayangkan paus yang lagi besar, bayangkan pula bumi dan alam semesta yang jauh lebih luas dan besar. Kuasa Dzat Allah lebih hebat dari penciptaan-Nya. Kalaulah kucing tadi sekali ketuk nyawaya dah putus inikan kita sekali diazab bukan terus mati tak rasa, tapi kesakitan terus menerus di neraka. TIADA KEMATIAN. Nauzubillah.

Ya Allah selamatkanlah keluargaku dari azab-Mu. 
Bingkisan rasa,

Ini Luahan Aku yang Terasa

Mac 25, 2017 Sufia 0 Comments


Sakit hati itu memanglah, siapa saja kalau ada disituasi ini memang geram. Aku tengok saja kelakuan macam tu, diam memang aku diam sebab aku bukan jenis mudah luahkan perasaan macammana perbuatan tu. Manis Makan dalam simpan saja. Mengharapkan aku tapi depan sahajakah macam itu. Atau lupa atau sengaja?. Manis saja yang boleh tunjuk, sekali luahkan baru tau kegilaan apa yang ditelan. 


Malas nak judge itu ikhlas atau palsu. Di depan di belakang sama atau lain. Tak suka nak fikir tapi dah datang-datang. Tolong blah! 


Don't believe anybody unless..

Sudah ini kata putusku ikhlas aku sukakan kau tapi baru ku tau kau mendekati semata-mata mahu curi tulang ikan. Itu sisa yang kau mahu sedangkan friskis banyak telah ku curahkan dalam bekas makan.

Tamatlah cerita kita.

Maaflah ini post picisan saja, ada jugaklah ilmunya kan disitu. Antaranya,
1-
2-
3-
 Apapon tadak..wassalam dan salam satu kucing satu aloyah


Diari

Tak Sangkanya Jodoh Selama ini Depan Mata

Mac 08, 2017 Sufia 0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini ingin aku kongsikan kisah hidup seorang insan yang ku kenal, tak sangka perkenalan bermula seorang guru dan murid menjadi keluarga . 

Pada zaman remaja di sekolah menengah ada seorang cikgu, Teacher Basyirah namanya seorang guru matapelajaran English 119.
Sebelum kenal dengan cikgu ini ingatkan garang yang amat. Rupanya, caring yang amatlah 😘. Semenjak aku dilantik sebagai pengawas sekolah, yang mana dia guru pengawas juga. Entah macam mana boleh rapat, ada juga lingkungan pelajar-pelajarnya yang rapat mengenali cikgu ini sampaikan kami panggil Ma, ada feeling anak beranak gitu. Lagipun dia dia tiada anakdan masih single mingle ketika itu. Memang jiwanya seorang guru sejatilah.

Dia juga suka bercerita pengalaman hidup disamping nasihat untuk anak-anak muridnya . Hehe

Dalam kelas aku ada seorang pelajar lelaki ini, Amirul Mukmin sedap namanya. Perangai nampak macam serius, bagi aku lah sebab aku tak berapa mengenali semua kawan lelaki sekelas ini. 

Nak dijadikan cerita, jodoh rakan sekelas aku ini rupa-rupanya cikgu aku sendiri. 

"What?"

Ya cikgu kesayangan ramai yang aku ceritakan tadi. Tak sangka cikgu aku rupanya isteri kawan aku. Jodoh dia depan mata selama ini ya, guru yang mengajar di depan itulah sebenarnya makmum dibelakangnya.


 Perbezaan umur usah dipertikaikan sebab macam mana sekalipun Allah dah tetapkan. Itu semua rahsia Allah. Nasihat aku, jangan asyik sibuk-sibuk kehidupan orang sedangkan hidup kita sendiri tak pandai jaga. Ibrahnya, aku nak cakap sebenarnya aku tahu ada pihak yang cuba menjatuhkan cikgu aku dengan pelbagai fitnah dan cacian. Ending nya? Sekarang ini macam-macam perkara timbul sebab kesalahan yang mereka sembunyikan selama ini tiba-tiba terbongkar.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat keji dan dengki-mendengki sesama muslim. Nauzubillah.

Teacher aku ini memang salah seorang wanita kuat yang aku kenal. Aku doakan semoga dia bahagia bersama suami tercinta dan menjadi isteri solehah. Kepada kawan aku tu, jaga mama kitorang elok-elok ye sebab dia kesayangan ramai.


Aku sendiri menyaksiakan akad nikah, penyatuan dua jiwa ini. Alhamdulillah selamat diijabkabulkan. Dan ini akad nikah lawak secara live yang aku tonton, bukan di youtube tau. 

Terima kasih pengantin kerana menjemput kami semua, siap tempah homestay lagi. First time merasa jadi flower girl, tapi kami semua bukan flower girl yang tau nak datang melawa je.. tolong-tolong kerja kenduri jugak tau! Tapi yang paling aku tabik kak Fiqah la, susah nampak dia relax


Makan kat tempat kenduri tak payah cerita lah, memang terlebih cukup. sedap nyum nyum! Teacher siap datang tengah malam ke homestay bawa kek pengantin lagi. Teringat kesedapanya  hahaha. Mungkin sebab kami makan tak ingat dunia, satu rumah sakit perut. Apalagi, berebut tandas lah jawabya. Kadang tak suka tunggu turn rasa macam nak ketuk pintu jiran sebelah nak tumpang tandas. Bila petang pula ada sesi photoshoot bersama pengantin. 

Sekarang mereka bahagia bersama, cikgu aku meneruskan pekerjaanya seorang guru dan suaminya meneruskan pengajianya sebagai pelajar. Dan inilah cinta guru dan pelajar yang bersatu hati. 

photo credit to @AZmomentsofcapture
Bingkisan rasa

Kau Ialah Doaku yang Termakbul

Mac 07, 2017 Sufia 0 Comments



وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
''Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.''(Surat Al-Baqarah [2] Ayat 186 )
Pernah tak kita selalu berdoa supaya satu perkara itu Allah tunaikan, tapi tak pula dimakbulkan. Rasa macam dah lama sangat. Kenapa Allah tak tunaikan permintaan aku? Sedang kita persoalkan Allah dah beri apa yang kita mohon darinya.

Alhamdulillah aku bersyukur menjadi hamba Allah, di jalan yang lurus.

Sekarang ini keluarga kami ada membela seekor kucing, Aloyah namanya. Bila dah setahun dua baru aku sedar. Semalan lepas solat Isyak, tengah berdoa mata aku tengok je satu kelibat.. lennggang lenggok mak Jemah si Aloyah sedap landing atas sejadah. Nasib baiklah aku dah habis bagi salam, kalau time solat memang tolak je lah si Aloyah ni biar gedebuk kelantai . Har har har *gelak kejam

Lepas habis berdoa, kepala terus landing kat aloyah yang nak terlelap atas sejadah tu. Mana taknya, sedap kot letak atas bulu dia yang flawlwess. “So fluffy lah binatang ni”.
Baru aku terfikir dialah doa aku selama ini, Ya Allah kenapa aku lambat sedar Allah dah lama angkat doa aku.

Aku ni boleh dikatakan seorang peminat tegar kucing, tapi bukan kucing comel, rare, mahal-mahal, ribu riban macam itu. Itu pilih bulu namanya! Waktu itu rumah kami tak ada kucing, ibu pula tak berapa bagi pelihara kucing. Nanti kalau kucing betina beranak banyak sangat macam kucing dulu (Famisha), kucing jantan suka main tembak-tembak habis hanceng (paham jelahh), kalau anak kucing tak pandai jaga diri kencing berak dalam rumah.

Jadi sejak itulah aku berdoa Ya Allah… supaya datangkan kepada keluarga kami seekor kucing yang dapat menambah kebahagiaan di rumah ini. Aku berharap supaya kucing itu tak kencing merata, suka bersama tuan, manja gedik sikit, cantik dan bukan seperti yang aku nyatakan diatas lah.

Satu hari, ibu tengah berkebun kat depan rumah datang seekor kucing miaw-miaw manja benor. Adik aku cakap ada kucing, aku tak percaya sebab budak ini kelentong saja banyak. Sekali dia angkut itu kucing masuk rumah daa, betulla budak ni tak tipu.Sejak itu entah kucing mana datangnya tak mahu pergi ke mana.

Ibu namakan dia Aloyah, walaupun dia betina tapi tak pernah bunting sebenarnya mandul. Cantik matanya. Dia suka tunggu orang kalau pergi mana-mana dia akan setia tunggu depan rumah.

Hari pertama Aloyah ni di rumah nak tidur mesti dia cari katil. Kalau hujan dia akan lari ke para belakang rumah semata nak tengok hujan sampai lah tertidur kat situ. Bila orang tengah siang ikan dia akan capai tangan ke atas supaya kita perasan dia.

Alhamdulillah dia ialah doa yang Allah makbulkan, penyeri hidup kami.
Diari

A Little Flashback

Mac 07, 2017 Sufia 0 Comments


“Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita mudah-mudahan dirahmati Allah”

terbayang pulak lagu kumpulan Raihan, ye lahh waktu kecik dulu ibu mainkan lagu-lagu raihan je tiap kali naik kereta. Boleh diakui lah waktu aku kecil dalam 4 tahun kot dah ada artist yang aku minat, sampai berangan waktu kecil dulu naik pentas dengan diorang pastu.. diorang dukung aku ye lah time tu baru tadika. Kecil-kecil dah pandai minat-minat. ح ح ح

Lawak pula bila fikir balik, bagus ibu didik kami dengan nasyid Islamik. Banyak juga kaset-kaset Kumpulan Raihan ni kat rumah, tapi dah dimakan usia. Bila dah naik remaja sikit pandai dah kepop lah hindustanihe lah, senang terpengaruh.

Alhamdulillah, sekarang dah taubat.. berbalik kepada Islamic music walaupun hindustani hey tak boleh hilang. Tapikan, Tapikan sebaik-baik halwa telinga ialah ayat al-Quran kan, sedap macam mana pun lagu yang kita suka berbaliklah kepada ayat al-Quran sebaik-baik panduan daripada senikata lagu. Kalau tak nak download , sekali-sekala dengarlah radio yang ada putarkan ayat al-Quran macam Ikim Fm. atau stesen-stesen radio lain. Dalam rumah pula bila masuk waktu solat, biarkan azan berkumandang di televisyen. Dan lihatlah suasana rumah kita rasa tenang ja barulah baiti jannati (rumahku syurgaku).

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." ( Al-A’raf Ayat 204 )

Sebabkan dari kecil dah diperkenalkan dengan lagu-lagu ingat Allah dan berunsurkan cinta Allah dan Rasul, sejak dari itulah aku teringin nak pergi konsert Raihan. Harap-harap Kumpulan Raihan nanti ada buat come back. Walaupun Raihan dah berpecah dengan ketua kumpulannya, tapi tetap ada pengganti kan.

Harapnya ada harapanlah harapan aku selama ini.

#Raihanfriends
Study

Kelebihan STPM yang orang tak nampak

Mac 01, 2017 Sufia 0 Comments




Kalau cerita tentang Pra-Universiti yang aku sedang menunggu ni lagilah menyeramkana. Aku takut dua tahun aku berada di sekolah sia-sia. Bagi aku memang kedua-dua tahun, lower six dan upper six sangat mencabar. Dengan tiada satu manusia yang aku kenal hati budinya, sebab kebanyakan pelajar banyaknya dah kenal ramai-ramai. Tak usah diceritakan memang banyak isu, kisah hidup berpuak, cikgu merajuk, junior yang pandang rendah itu dan segalanya dirasa dalam masa yang singkat.Alhamdulillah, dalam kalangan duri banyak juga bunga yang aku kenal dari situlah aku boleh terus kuat.. Aku terus berdoa dan berdoa, perjalanan disini sangat “rare” daripada hidup sebelum ini. Manusia berbagai corak buat aku rasa terasing. Aku taklah pandai sebaris dengan budak-budak disitu, apa yang aku nampak.. ramai jugak gifted, belajar last minute dapat result macam orang dah belajar  sejak lahir. Allah, balaslah segala ini denagan kebaikan.

KELEBIHAN STPM YANG ORANG TAK NAMPAK.
Pada mulanya aku juga tak pandang pelajar yang ambil STPM ni, biasa sahaja pad mata aku. Tapi selepas aku sendiri mengambil keputusan sambung, semata-mata kerana surat tawaran meletakkan tempat aku mengambil stpm jauh ke negeri selatan, aku beria-ria nak ke sana sebab hati aku ini lebih suka kembara tempat yang jauh walaupun dalam jangka masa agak lama.

Disini aku ceritakan setakat pengetahuan yang aku tahu. STPM ini atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Malaysian Higher School Certificate atau perkataan lain HSC/GCE yang mana digunakan sebagai syarat kelayakan masuk ke universiti dalam atau luar negara. Jangan tak tahu, STPM juga dikenali sebagai A-level, jangan ingat lepas spm sambung A-level kat luar negara je, dalam negara kita pun ada A-level yang diiktiraf Kerajaan Malaysia,  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),  dan Cambridge Assessment (CA) , England lagi ya!


Peperiksaan ini merupakan antara exam yang paling susah di Asia Tenggara. Kertas soalan digubal oleh pensyarah-pensyarah universiti.

YURAN PENGAJIAN PERCUMA!
Setiap pelajar wajib mengambil 4 atau 5 mata pelajaran, bergantug kepada sekolah.
 4 mata pelajaran = RM480.00                                               5 mata pelajaran = RM570.00
Ini jumalah sebenar yuran matapelajaran yang perlu dibayar calon, sebenarnya calon tak perlu bayar kerana telah ditanggung kerajaan. Kecuali lah duduk asrama itu memang kena yuran makan minum and so on kan. Pelajar kena bayar sekiranya nak mengambil kertas ulangan RM 50 satu matapelajaran, kalau nak gred lebih baik.

FORM 6 MACAM KOLEJ?
Alhamdulillah, macam-macam penambahbaikan dah ada demi anank-anak Malaysia meneruskan pengajian. Walaupun pada asalnya, pelajar Tingkatan 6 masih belajar di universiti macam saya belajar di sekolah. Kementerian Pendidikan Tinggi menyediakan pusat Tingkatan 6 seperti sebuah kolej, dimana pelajar Tingkatan 6 sahaja yang ditempatkan di situ.

Rezeki tak sentiasa datang bergolek, kalau nak cubalah mohon. Dengan izin Allah ditempatkan disitu.

NO MORE SCHOOL UNIFORM!
Kalau dulu, nak masuk Form 6 kawan-kawan ejek pakai baju sekolah lagil? atau something like that la! Realitinya sekarang dah tak payah nak iron baju putih, lencana bagai (pakai kad matrik dah). Kerana Kementerian Pelajaran dah keluarkan arahan, dan batch 97  pada tahun 2015 adalah batch pertama merasai. Alhamdulillah. Batch saye lah tu. Tapi di sesetengah sekolah menetapkan piawaian pakaina walaupun ada kelonggaran, seperti di sekolah saya, pelajar Puteri F6 wajib pakai tudung putih dan baju kurung apa-apa coraklah. Jadi yang tak banyak baju kurung dan pakai kecuali Hari Raya macam saya ni balik rumah selongkar baju-baju lama ibu, jimat kos dan ambil berkat lah ye… Hihi, pegi sekolah kawan tegur “baju baru keer?” . Taklah baju baru first time pakai.

BOLEH KE SAMBUNG LUAR NEGARA?
Pelajar STPM amat dialu-alukan oleh universiti awanm di seluruh Malaysia. Jadi tak hairanlah jika kemasukan pelajar lepasan STPM lebih ramai berbanding pelajar lepasan Diploma, Matrik dan sebagainya. Baru saya dapat tahu, pilihan terpaksa masuk ke T6 juga memberi peluang cerah untuk menyambung pelajaran ke luar negar hendaknya, In Shaa Allah..sebab apa? Kan tadi ada saya terangkan diiktiraf oleh Cambridge Asessment, jadi keputusan STPM diterima jika ingin memasuki ke universiti di luar negara yang mengiktiraf peperiksaan ini. Seperti universiti terkemuka University of Cambridge, University Metu di Ankara Turki, dan University of  Melbourne. Dengan syarat, result kena la perform!

Jadi kalau ada rasa macam saya dulu, tak pandang form 6 ni. Macam budak tak lepas belajar lah, tak best masih di bangku sekolah atau apa-apa. Buanglah persepsi, orang yang pernah melalui sahaja tahu dan percayalah anda akan rasa sangat bertuah di akhirnya. Ini berdasarkan pengalaman, buka laman minda.

(Sumber ilmu ini saya ambil daripada ceramah yang diberikan oleh pegawai MPM sendiri dan sedikit pengalaman sendiri)