Diari

Menyaksikan kematian

Mac 27, 2017 Sufia 0 Comments


Hari ini aku selesema teruk ditambah pula dengan demam yang macam kura-kura. Dari pagi berselubung dengan selimut memanjang. Aku ini kalau demam selimut macam kat ais kutub dah.. HAHAHA
Ya Allah, memang bersin menyembur satu rumahh rasanya, setiap satu kerja aku gagahkan buat. Nak basuh pinggan, hachumm! nak sapu sampah Hachumm! nak pegang remote hachummm! nak update status Hachumm!

~berapa banyak hachumm daaa~

 Eh terlebih pulak, dah la kalau bersin kat rumah memang takyah terkepit  nak cover sopan. Aku rasa jiran sebelah curious sejak bila adik lelaki aku balik asrama. boleh buat rekod satu rumah aku sembur. Nasib tak ada orang kat rumah.

Malam semalam, banyak jugak gambar aku ambil. Suka-suka dengan feeling perasan photographer konon. Padahal, belambak gambar yang aku padam. Tak jadiiiiii *menangis sorang2. Banyaknya yang aku snap ialah subjek utama di rumah. The Kittens! itulah haiwan favourite and subject dalam photography aku harini.

Dari tadi dengan badan yang demam kejap ok kejap tak (Suka hati dia je kan), gagahkan sikit kemas rumah . Nanti ibu balik kerja penat-penat sejuk la hati sikit. Mata aku asyik terjenguk je anak-anak kucing tu. Kejap main, kejap tidur berjemaah. Masya'Allah comelll *dgnmatakubersinar . Niat memang kuat dah nak ambil gambar sikit, tapi kalau dah pegang camera / phone memang tak akan jadi sikit jadi lama masanya *lagha sangat kod.

"Eh, ta boley ta boley, pinggan tak basuh lagi"

Jadi aku mengalah dengan minat sendiri.

Bila petang ibu dah balik. Hari ini hujan lebat sangat (biasalah Raintown kan). Sembang-sembang kejap dengan ibu sambil share bihun sebungkus .

Kemudian aku pergi la jenguk balik anak-anak miaww tu, eh tadi nak ambil gambar kan. Handphone dah siap sedia ditangan untuk snap gambar aksi kucing-kucing ni. Bukak je pintu belakang

ALLAH!!! Terpaku mata aku, a...aaaa.. anak kucing tu..

terbaring kaku atas lantai dengan mulut nya yang terkumat-kamit.  Berdarah...

Dalam hati aku waktu tu terbayang ini kerja kucing jantan yang bunuh anak kucing ni.

" Dah! jangan fikir apa-apa lagi"

Aku lari pergi bagitahu ibu, sumpah waktu tu aku tak tahu apa yang patut aku buat kalau sorang-sorang. Ibu pergi kat dia, ibu dah melabuhkan badan dekati anak kucing yang terbaring kaku itu.

"Allahumma Solli A'laa Muhammad" ibu ucapkan kat anak kucing itu.
Barulah aku tau waktu ibu mengucapkan selawat itu anak kucing itu menarik nafas yang terakhirnya.

Aku dah memang sedikit berair mata, malaikat dah cabut nyawa makhluk Allah ini.

Gambar malam sebelum dia mati. Dia ni antara adik-beradiknya paling sopan dan suka tidur.
Sekarang Allah dah bagi dia rehat untuk dia selamanya 

Ibu pegang-pegang badan kucing itu, memang sangat lembut. Baru sangat dia hembuskan nafas terakhir. Depan matanya.

Sambil itu, ada kayu disebelah kucing itu.. Aku fikir salah aku yang letakkan kayu didinding tersebut. Semalam, waktu anak-anak kucing main memang ligat diorang panjat kayu tu . Tapi aku tak sangka senang sungguh membawa maut kepada salah seekor.

Bagaikan seekor haiwan kerdil yang diketuk terus mati begitu sahaja.

Macam mana lah kita hamba Allah yang memang kerdil. Bayangkan paus yang lagi besar, bayangkan pula bumi dan alam semesta yang jauh lebih luas dan besar. Kuasa Dzat Allah lebih hebat dari penciptaan-Nya. Kalaulah kucing tadi sekali ketuk nyawaya dah putus inikan kita sekali diazab bukan terus mati tak rasa, tapi kesakitan terus menerus di neraka. TIADA KEMATIAN. Nauzubillah.

Ya Allah selamatkanlah keluargaku dari azab-Mu. 
Bingkisan rasa,

Ini Luahan Aku yang Terasa

Mac 25, 2017 Sufia 0 Comments


Sakit hati itu memanglah, siapa saja kalau ada disituasi ini memang geram. Aku tengok saja kelakuan macam tu, diam memang aku diam sebab aku bukan jenis mudah luahkan perasaan macammana perbuatan tu. Manis Makan dalam simpan saja. Mengharapkan aku tapi depan sahajakah macam itu. Atau lupa atau sengaja?. Manis saja yang boleh tunjuk, sekali luahkan baru tau kegilaan apa yang ditelan. 


Malas nak judge itu ikhlas atau palsu. Di depan di belakang sama atau lain. Tak suka nak fikir tapi dah datang-datang. Tolong blah! 


Don't believe anybody unless..

Sudah ini kata putusku ikhlas aku sukakan kau tapi baru ku tau kau mendekati semata-mata mahu curi tulang ikan. Itu sisa yang kau mahu sedangkan friskis banyak telah ku curahkan dalam bekas makan.

Tamatlah cerita kita.

Maaflah ini post picisan saja, ada jugaklah ilmunya kan disitu. Antaranya,
1-
2-
3-
 Apapon tadak..wassalam dan salam satu kucing satu aloyah


Diari

Tak Sangkanya Jodoh Selama ini Depan Mata

Mac 08, 2017 Sufia 0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini ingin aku kongsikan kisah hidup seorang insan yang ku kenal, tak sangka perkenalan bermula seorang guru dan murid menjadi keluarga . 

Pada zaman remaja di sekolah menengah ada seorang cikgu, Teacher Basyirah namanya seorang guru matapelajaran English 119.
Sebelum kenal dengan cikgu ini ingatkan garang yang amat. Rupanya, caring yang amatlah 😘. Semenjak aku dilantik sebagai pengawas sekolah, yang mana dia guru pengawas juga. Entah macam mana boleh rapat, ada juga lingkungan pelajar-pelajarnya yang rapat mengenali cikgu ini sampaikan kami panggil Ma, ada feeling anak beranak gitu. Lagipun dia dia tiada anakdan masih single mingle ketika itu. Memang jiwanya seorang guru sejatilah.

Dia juga suka bercerita pengalaman hidup disamping nasihat untuk anak-anak muridnya . Hehe

Dalam kelas aku ada seorang pelajar lelaki ini, Amirul Mukmin sedap namanya. Perangai nampak macam serius, bagi aku lah sebab aku tak berapa mengenali semua kawan lelaki sekelas ini. 

Nak dijadikan cerita, jodoh rakan sekelas aku ini rupa-rupanya cikgu aku sendiri. 

"What?"

Ya cikgu kesayangan ramai yang aku ceritakan tadi. Tak sangka cikgu aku rupanya isteri kawan aku. Jodoh dia depan mata selama ini ya, guru yang mengajar di depan itulah sebenarnya makmum dibelakangnya.


 Perbezaan umur usah dipertikaikan sebab macam mana sekalipun Allah dah tetapkan. Itu semua rahsia Allah. Nasihat aku, jangan asyik sibuk-sibuk kehidupan orang sedangkan hidup kita sendiri tak pandai jaga. Ibrahnya, aku nak cakap sebenarnya aku tahu ada pihak yang cuba menjatuhkan cikgu aku dengan pelbagai fitnah dan cacian. Ending nya? Sekarang ini macam-macam perkara timbul sebab kesalahan yang mereka sembunyikan selama ini tiba-tiba terbongkar.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat keji dan dengki-mendengki sesama muslim. Nauzubillah.

Teacher aku ini memang salah seorang wanita kuat yang aku kenal. Aku doakan semoga dia bahagia bersama suami tercinta dan menjadi isteri solehah. Kepada kawan aku tu, jaga mama kitorang elok-elok ye sebab dia kesayangan ramai.


Aku sendiri menyaksiakan akad nikah, penyatuan dua jiwa ini. Alhamdulillah selamat diijabkabulkan. Dan ini akad nikah lawak secara live yang aku tonton, bukan di youtube tau. 

Terima kasih pengantin kerana menjemput kami semua, siap tempah homestay lagi. First time merasa jadi flower girl, tapi kami semua bukan flower girl yang tau nak datang melawa je.. tolong-tolong kerja kenduri jugak tau! Tapi yang paling aku tabik kak Fiqah la, susah nampak dia relax


Makan kat tempat kenduri tak payah cerita lah, memang terlebih cukup. sedap nyum nyum! Teacher siap datang tengah malam ke homestay bawa kek pengantin lagi. Teringat kesedapanya  hahaha. Mungkin sebab kami makan tak ingat dunia, satu rumah sakit perut. Apalagi, berebut tandas lah jawabya. Kadang tak suka tunggu turn rasa macam nak ketuk pintu jiran sebelah nak tumpang tandas. Bila petang pula ada sesi photoshoot bersama pengantin. 

Sekarang mereka bahagia bersama, cikgu aku meneruskan pekerjaanya seorang guru dan suaminya meneruskan pengajianya sebagai pelajar. Dan inilah cinta guru dan pelajar yang bersatu hati. 

photo credit to @AZmomentsofcapture
Bingkisan rasa

Kau Ialah Doaku yang Termakbul

Mac 07, 2017 Sufia 0 Comments



وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
''Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.''(Surat Al-Baqarah [2] Ayat 186 )
Pernah tak kita selalu berdoa supaya satu perkara itu Allah tunaikan, tapi tak pula dimakbulkan. Rasa macam dah lama sangat. Kenapa Allah tak tunaikan permintaan aku? Sedang kita persoalkan Allah dah beri apa yang kita mohon darinya.

Alhamdulillah aku bersyukur menjadi hamba Allah, di jalan yang lurus.

Sekarang ini keluarga kami ada membela seekor kucing, Aloyah namanya. Bila dah setahun dua baru aku sedar. Semalan lepas solat Isyak, tengah berdoa mata aku tengok je satu kelibat.. lennggang lenggok mak Jemah si Aloyah sedap landing atas sejadah. Nasib baiklah aku dah habis bagi salam, kalau time solat memang tolak je lah si Aloyah ni biar gedebuk kelantai . Har har har *gelak kejam

Lepas habis berdoa, kepala terus landing kat aloyah yang nak terlelap atas sejadah tu. Mana taknya, sedap kot letak atas bulu dia yang flawlwess. “So fluffy lah binatang ni”.
Baru aku terfikir dialah doa aku selama ini, Ya Allah kenapa aku lambat sedar Allah dah lama angkat doa aku.

Aku ni boleh dikatakan seorang peminat tegar kucing, tapi bukan kucing comel, rare, mahal-mahal, ribu riban macam itu. Itu pilih bulu namanya! Waktu itu rumah kami tak ada kucing, ibu pula tak berapa bagi pelihara kucing. Nanti kalau kucing betina beranak banyak sangat macam kucing dulu (Famisha), kucing jantan suka main tembak-tembak habis hanceng (paham jelahh), kalau anak kucing tak pandai jaga diri kencing berak dalam rumah.

Jadi sejak itulah aku berdoa Ya Allah… supaya datangkan kepada keluarga kami seekor kucing yang dapat menambah kebahagiaan di rumah ini. Aku berharap supaya kucing itu tak kencing merata, suka bersama tuan, manja gedik sikit, cantik dan bukan seperti yang aku nyatakan diatas lah.

Satu hari, ibu tengah berkebun kat depan rumah datang seekor kucing miaw-miaw manja benor. Adik aku cakap ada kucing, aku tak percaya sebab budak ini kelentong saja banyak. Sekali dia angkut itu kucing masuk rumah daa, betulla budak ni tak tipu.Sejak itu entah kucing mana datangnya tak mahu pergi ke mana.

Ibu namakan dia Aloyah, walaupun dia betina tapi tak pernah bunting sebenarnya mandul. Cantik matanya. Dia suka tunggu orang kalau pergi mana-mana dia akan setia tunggu depan rumah.

Hari pertama Aloyah ni di rumah nak tidur mesti dia cari katil. Kalau hujan dia akan lari ke para belakang rumah semata nak tengok hujan sampai lah tertidur kat situ. Bila orang tengah siang ikan dia akan capai tangan ke atas supaya kita perasan dia.

Alhamdulillah dia ialah doa yang Allah makbulkan, penyeri hidup kami.
Diari

A Little Flashback

Mac 07, 2017 Sufia 0 Comments


“Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita mudah-mudahan dirahmati Allah”

terbayang pulak lagu kumpulan Raihan, ye lahh waktu kecik dulu ibu mainkan lagu-lagu raihan je tiap kali naik kereta. Boleh diakui lah waktu aku kecil dalam 4 tahun kot dah ada artist yang aku minat, sampai berangan waktu kecil dulu naik pentas dengan diorang pastu.. diorang dukung aku ye lah time tu baru tadika. Kecil-kecil dah pandai minat-minat. ح ح ح

Lawak pula bila fikir balik, bagus ibu didik kami dengan nasyid Islamik. Banyak juga kaset-kaset Kumpulan Raihan ni kat rumah, tapi dah dimakan usia. Bila dah naik remaja sikit pandai dah kepop lah hindustanihe lah, senang terpengaruh.

Alhamdulillah, sekarang dah taubat.. berbalik kepada Islamic music walaupun hindustani hey tak boleh hilang. Tapikan, Tapikan sebaik-baik halwa telinga ialah ayat al-Quran kan, sedap macam mana pun lagu yang kita suka berbaliklah kepada ayat al-Quran sebaik-baik panduan daripada senikata lagu. Kalau tak nak download , sekali-sekala dengarlah radio yang ada putarkan ayat al-Quran macam Ikim Fm. atau stesen-stesen radio lain. Dalam rumah pula bila masuk waktu solat, biarkan azan berkumandang di televisyen. Dan lihatlah suasana rumah kita rasa tenang ja barulah baiti jannati (rumahku syurgaku).

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." ( Al-A’raf Ayat 204 )

Sebabkan dari kecil dah diperkenalkan dengan lagu-lagu ingat Allah dan berunsurkan cinta Allah dan Rasul, sejak dari itulah aku teringin nak pergi konsert Raihan. Harap-harap Kumpulan Raihan nanti ada buat come back. Walaupun Raihan dah berpecah dengan ketua kumpulannya, tapi tetap ada pengganti kan.

Harapnya ada harapanlah harapan aku selama ini.

#Raihanfriends
Study

Kelebihan STPM yang orang tak nampak

Mac 01, 2017 Sufia 0 Comments




Kalau cerita tentang Pra-Universiti yang aku sedang menunggu ni lagilah menyeramkana. Aku takut dua tahun aku berada di sekolah sia-sia. Bagi aku memang kedua-dua tahun, lower six dan upper six sangat mencabar. Dengan tiada satu manusia yang aku kenal hati budinya, sebab kebanyakan pelajar banyaknya dah kenal ramai-ramai. Tak usah diceritakan memang banyak isu, kisah hidup berpuak, cikgu merajuk, junior yang pandang rendah itu dan segalanya dirasa dalam masa yang singkat.Alhamdulillah, dalam kalangan duri banyak juga bunga yang aku kenal dari situlah aku boleh terus kuat.. Aku terus berdoa dan berdoa, perjalanan disini sangat “rare” daripada hidup sebelum ini. Manusia berbagai corak buat aku rasa terasing. Aku taklah pandai sebaris dengan budak-budak disitu, apa yang aku nampak.. ramai jugak gifted, belajar last minute dapat result macam orang dah belajar  sejak lahir. Allah, balaslah segala ini denagan kebaikan.

KELEBIHAN STPM YANG ORANG TAK NAMPAK.
Pada mulanya aku juga tak pandang pelajar yang ambil STPM ni, biasa sahaja pad mata aku. Tapi selepas aku sendiri mengambil keputusan sambung, semata-mata kerana surat tawaran meletakkan tempat aku mengambil stpm jauh ke negeri selatan, aku beria-ria nak ke sana sebab hati aku ini lebih suka kembara tempat yang jauh walaupun dalam jangka masa agak lama.

Disini aku ceritakan setakat pengetahuan yang aku tahu. STPM ini atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Malaysian Higher School Certificate atau perkataan lain HSC/GCE yang mana digunakan sebagai syarat kelayakan masuk ke universiti dalam atau luar negara. Jangan tak tahu, STPM juga dikenali sebagai A-level, jangan ingat lepas spm sambung A-level kat luar negara je, dalam negara kita pun ada A-level yang diiktiraf Kerajaan Malaysia,  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),  dan Cambridge Assessment (CA) , England lagi ya!


Peperiksaan ini merupakan antara exam yang paling susah di Asia Tenggara. Kertas soalan digubal oleh pensyarah-pensyarah universiti.

YURAN PENGAJIAN PERCUMA!
Setiap pelajar wajib mengambil 4 atau 5 mata pelajaran, bergantug kepada sekolah.
 4 mata pelajaran = RM480.00                                               5 mata pelajaran = RM570.00
Ini jumalah sebenar yuran matapelajaran yang perlu dibayar calon, sebenarnya calon tak perlu bayar kerana telah ditanggung kerajaan. Kecuali lah duduk asrama itu memang kena yuran makan minum and so on kan. Pelajar kena bayar sekiranya nak mengambil kertas ulangan RM 50 satu matapelajaran, kalau nak gred lebih baik.

FORM 6 MACAM KOLEJ?
Alhamdulillah, macam-macam penambahbaikan dah ada demi anank-anak Malaysia meneruskan pengajian. Walaupun pada asalnya, pelajar Tingkatan 6 masih belajar di universiti macam saya belajar di sekolah. Kementerian Pendidikan Tinggi menyediakan pusat Tingkatan 6 seperti sebuah kolej, dimana pelajar Tingkatan 6 sahaja yang ditempatkan di situ.

Rezeki tak sentiasa datang bergolek, kalau nak cubalah mohon. Dengan izin Allah ditempatkan disitu.

NO MORE SCHOOL UNIFORM!
Kalau dulu, nak masuk Form 6 kawan-kawan ejek pakai baju sekolah lagil? atau something like that la! Realitinya sekarang dah tak payah nak iron baju putih, lencana bagai (pakai kad matrik dah). Kerana Kementerian Pelajaran dah keluarkan arahan, dan batch 97  pada tahun 2015 adalah batch pertama merasai. Alhamdulillah. Batch saye lah tu. Tapi di sesetengah sekolah menetapkan piawaian pakaina walaupun ada kelonggaran, seperti di sekolah saya, pelajar Puteri F6 wajib pakai tudung putih dan baju kurung apa-apa coraklah. Jadi yang tak banyak baju kurung dan pakai kecuali Hari Raya macam saya ni balik rumah selongkar baju-baju lama ibu, jimat kos dan ambil berkat lah ye… Hihi, pegi sekolah kawan tegur “baju baru keer?” . Taklah baju baru first time pakai.

BOLEH KE SAMBUNG LUAR NEGARA?
Pelajar STPM amat dialu-alukan oleh universiti awanm di seluruh Malaysia. Jadi tak hairanlah jika kemasukan pelajar lepasan STPM lebih ramai berbanding pelajar lepasan Diploma, Matrik dan sebagainya. Baru saya dapat tahu, pilihan terpaksa masuk ke T6 juga memberi peluang cerah untuk menyambung pelajaran ke luar negar hendaknya, In Shaa Allah..sebab apa? Kan tadi ada saya terangkan diiktiraf oleh Cambridge Asessment, jadi keputusan STPM diterima jika ingin memasuki ke universiti di luar negara yang mengiktiraf peperiksaan ini. Seperti universiti terkemuka University of Cambridge, University Metu di Ankara Turki, dan University of  Melbourne. Dengan syarat, result kena la perform!

Jadi kalau ada rasa macam saya dulu, tak pandang form 6 ni. Macam budak tak lepas belajar lah, tak best masih di bangku sekolah atau apa-apa. Buanglah persepsi, orang yang pernah melalui sahaja tahu dan percayalah anda akan rasa sangat bertuah di akhirnya. Ini berdasarkan pengalaman, buka laman minda.

(Sumber ilmu ini saya ambil daripada ceramah yang diberikan oleh pegawai MPM sendiri dan sedikit pengalaman sendiri)