Diari

Keputusan

April 27, 2018 Sufia 0 Comments


Belum pernah aku perlu memilih dalam situasi yang bagiku dilema sebegini
rasa berada ditengah-tengah
salah satu pihak bakal besrsedih
satu pihak akan suka.
Dalam satu minggu konflik yang sangat besar buat aku hadapi

Tapi terpaksa juga harus ku lepaskan satu
kalau diikutkan, aku rasa tiada apa kepentingan untuk mereka dapatkan
aku sendiri yakin ada yang lebih layak.

Pada mulanya niatku untuk yang pertama,
sudah diniatkan.. sudah membayangkan

Satu hari, tak disangka aku dipanggil untuk temuduga...aku pergi hanya untuk mencuba
Dalam hati sungguh yakin, aku tak akan terpilih
Tapi aku dipilih.

Tapi datang pula pilihan yan baru, kedua.
mengharap perkara yang sama agar aku bersama mereka
besar sungguh harapan
pujukan demi pujukan

Awalnya, aku menolak yang kedua
kerana yang pertama datang dahulu
Bagiku keputusan telahpun muktamad.

Panggilan demi panggilan,
Besar melihat usaha yang keduanya,
Aku dilema. Aku perlukan masa lagi..
Tapi masa sangat singkat.

Terputus keputusan final.
Aku memilih yang kedua..

Maaf buat pihak pertama, aku percaya ini takdir Allah walau aku sedih juga melepaskan disaat akhir
Telah pun aku lakar harapan dan perubahan yang inginku bawa
Mungkin ini bukan rezeki pertama

Buat yang kedua, aku harap keputusan inilah yang tepat
Terimalah kekurangan aku dan bimbinglah kekurangan ini
Aku harap ini bukan...

Niatku Demi Ummah di jalan ini

Kedua-duanya terbaik dan mendekatkanku pada-Nya. Aku yakin kita semua dijalan dakwah yang sama😇

Berharap yang terbaik buat pertama dan kedua.



Diari

Suicide

April 19, 2018 Sufia 0 Comments



Story- cerita

Pernah, aku sudah tidak mahu melihat apa yang dipost oleh rakan-rakan conact dalam Whatsapp story itu. Buang masa jelah, yela.. punya banyak nombor kenalan yang disimpan. Ada yang hanya perkenlan singkat untuk urusan tugas, tak lupa juga kenalan-kenalan rapat seperti kawan zaman sekolah dan kini serta ahli keluarga. Boleh jadi satu masa tu semua prang post story, biasanya aku ni rajinya membelek Whatsapp, bosan ke.. tapi dalam urusan penting nak reply private message je. Jari automatik swipe ke sebelah.. Whatsapp story, risau.. dah selalu aku begini. Masa banyak terhabis scrolling di media ni saja. Aduhh😅

Jadi aku convince kan diri sendiri, lepas ni taknak dah lama-lama tengok Whatsapp 😬, Betul la  seorang penysyarah pernah kata, sekarang ni kita baca Whatsapp lagi lama daripada Al-Quran. Tertunduk dengar ayat tu nak.

Dalam beberapa hari itu, aku cuba tak pedulikan story whatsapp yang dipost mereka, cuma ada la beberapa rakan je yang aku nak tengok perkongsian mereka. Aku andaikan, semua tu laghaaaaa, banyak nya yang luahkan makan apa, rasa apa harini. Tak penting pun😂. Tapi korang semua penting di hati aku, jangan terasa pulak eh.

Satu hari aku baru habis kelas, sebelum masuknya waktu Asar aku terus ke Masjid untuk solat dulu. Lepas solat dah habis baca doa semua..bukak la handphone sebentar, secara tak sengaja aku aku scroll scroll saja dalam whatsapp story sebab nak tengok berapa ramai yang pakat post..panjang jugak scroll kebawah. Pada satu nama, aku tekan. Allahu😥, terkejut baca apa yang dipostnya. Luahan dalam bentuk bait-bait seperti  puisi, bagaimana dia tak tahan dengan kehidupanya, sehingga ada rasa ingin bunuh diri. Kemudian pergi ke next post dia. Sangat mengejutkan! aku pula yang ter...tak tahu bagaimana nak reaksi pada apa yang aku lihat. Gambar lengan yang ditoreh-toreh hingga berdarah. 😭Tangan aku dah mula ketar pegang telefon tu, tak tau ni nak reply apa kat dia. Takut dia buat perkara lain yang lagi bahaya pula. Aku ambil masa dulu untuk tenangkan diri dulu, aku sendiri dah gelabah pula. 

Okay..aku tekan reply, aku mulakan typing di keyboard handphone. Lantaklah english aku terabur ke yang penting dia. Ni antara coversation sikit:

"A..i know you're not okay, but please don't hurt yourself. May Allah gives you strength"

Dia reply,
"I'm trying not to hurt myself.. this is not my hand.. don't worry.. I just feel like doing it.. but I'll try my best not to.."

Kemudian aku macam, ya Allah.. Alhamdulillah dia tak sakiti dirinya sendiri. Aku harap benar apa yang diucapkannya.😟

Jadi pengajaran buat diri aku, Boleh limitkan diri dari Whatsapp tapi ada hadnya, lain kurangkan masa untuk whatsapp dan kurangkan masa untuk kawan💣. Jangan bodoh sombong konon tak nak ambil tahu tentang kawan-kawan. Walaupun hanya posting mereka di Whatsapp Story dari situ kita boleh tau bagaimana keadaan mereka. Mereka mungkin tak akan cerita directly apa yang berlaku dalam hidup kepada kita, tapi dengan luahan tersebut sekurangnya dapat membebankan apa yang mereka rasa. Bukan untuk ambil tahu sahaja,
oh dia sedih.. 
oh dia gembira..
oh harini dia makan sedap..
Tapi agar kita saling mendoakan. "Sahaja aku ber-whatsapp kerana Allah & untuk menjaga ukhwah"💕

Ø¥ِÙ†َّÙ…َا الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ُونَ Ø¥ِØ®ْÙˆَØ©ٌ

“Sesungguhnya kaum mukminin itu adalah bersaudara.” (QS. Al-Hujurat: 10)