Diari
Story- cerita
Suicide
Pernah, aku sudah tidak mahu melihat apa yang dipost oleh rakan-rakan conact dalam Whatsapp story itu. Buang masa jelah, yela.. punya banyak nombor kenalan yang disimpan. Ada yang hanya perkenlan singkat untuk urusan tugas, tak lupa juga kenalan-kenalan rapat seperti kawan zaman sekolah dan kini serta ahli keluarga. Boleh jadi satu masa tu semua prang post story, biasanya aku ni rajinya membelek Whatsapp, bosan ke.. tapi dalam urusan penting nak reply private message je. Jari automatik swipe ke sebelah.. Whatsapp story, risau.. dah selalu aku begini. Masa banyak terhabis scrolling di media ni saja. Aduhh😅
Jadi aku convince kan diri sendiri, lepas ni taknak dah lama-lama tengok Whatsapp 😬, Betul la seorang penysyarah pernah kata, sekarang ni kita baca Whatsapp lagi lama daripada Al-Quran. Tertunduk dengar ayat tu nak.
Dalam beberapa hari itu, aku cuba tak pedulikan story whatsapp yang dipost mereka, cuma ada la beberapa rakan je yang aku nak tengok perkongsian mereka. Aku andaikan, semua tu laghaaaaa, banyak nya yang luahkan makan apa, rasa apa harini. Tak penting pun😂. Tapi korang semua penting di hati aku, jangan terasa pulak eh.
Satu hari aku baru habis kelas, sebelum masuknya waktu Asar aku terus ke Masjid untuk solat dulu. Lepas solat dah habis baca doa semua..bukak la handphone sebentar, secara tak sengaja aku aku scroll scroll saja dalam whatsapp story sebab nak tengok berapa ramai yang pakat post..panjang jugak scroll kebawah. Pada satu nama, aku tekan. Allahu😥, terkejut baca apa yang dipostnya. Luahan dalam bentuk bait-bait seperti puisi, bagaimana dia tak tahan dengan kehidupanya, sehingga ada rasa ingin bunuh diri. Kemudian pergi ke next post dia. Sangat mengejutkan! aku pula yang ter...tak tahu bagaimana nak reaksi pada apa yang aku lihat. Gambar lengan yang ditoreh-toreh hingga berdarah. ðŸ˜Tangan aku dah mula ketar pegang telefon tu, tak tau ni nak reply apa kat dia. Takut dia buat perkara lain yang lagi bahaya pula. Aku ambil masa dulu untuk tenangkan diri dulu, aku sendiri dah gelabah pula.
Okay..aku tekan reply, aku mulakan typing di keyboard handphone. Lantaklah english aku terabur ke yang penting dia. Ni antara coversation sikit:
"A..i know you're not okay, but please don't hurt yourself. May Allah gives you strength"
Dia reply,
"I'm trying not to hurt myself.. this is not my hand.. don't worry.. I just feel like doing it.. but I'll try my best not to.."
Kemudian aku macam, ya Allah.. Alhamdulillah dia tak sakiti dirinya sendiri. Aku harap benar apa yang diucapkannya.😟
Jadi pengajaran buat diri aku, Boleh limitkan diri dari Whatsapp tapi ada hadnya, lain kurangkan masa untuk whatsapp dan kurangkan masa untuk kawan💣. Jangan bodoh sombong konon tak nak ambil tahu tentang kawan-kawan. Walaupun hanya posting mereka di Whatsapp Story dari situ kita boleh tau bagaimana keadaan mereka. Mereka mungkin tak akan cerita directly apa yang berlaku dalam hidup kepada kita, tapi dengan luahan tersebut sekurangnya dapat membebankan apa yang mereka rasa. Bukan untuk ambil tahu sahaja,
oh dia sedih..
oh dia gembira..
oh harini dia makan sedap..
Tapi agar kita saling mendoakan. "Sahaja aku ber-whatsapp kerana Allah & untuk menjaga ukhwah"💕
Ø¥ِÙ†َّÙ…َا الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ُونَ Ø¥ِØ®ْÙˆَØ©ٌ
“Sesungguhnya kaum mukminin itu adalah bersaudara.” (QS. Al-Hujurat: 10)
