Julai 21, 2019 Sufia 0 Comments

Masih berjaga-jaga dengan kehendak hati, tak semua perkara perihal hati dapat tahu oleh orang lain. Cukuplah sekadar Tuhanku sahaja tahu keadaan hati , agar lebih ikhlas. Kerana, kau lebih kenal siapa dirimu.. 

Julai 21, 2019 Sufia 0 Comments

Kadang tiada kata yang mampu terungkap, melainkan senyuman yang mampu terluah. 

Andai diluah kata, risau ada hati yang terasa. Ada kata yang membawa dosa. Andai diri menjadi punca, itulah aibnya diri ini. Lebih baik mengalah agar hati terselamat dari sangkaan-sangkaan lain :)

Minta maaf kepada insan-insan yang mengenali diri ini. Maafkan dosa saya, doakan saya ðŸ¦–

guna

Mac 21, 2019 Sufia 0 Comments

kejahatan manusia itu lebih dahsyat dari dirinya
itulah sebabnya.. perkara yang paling aku takutkan di dunia ialah kejahatan manusia itu sendiri
kau tidak akan dapat menjangkakanya berbuat sedemikian rupa sehingga dia menunjukkan kekuatanya bilamana kau lemah
menggunakan bila memerlukan
dan menjatuhkan sepuasnya

kemudian?

berhadapan denganmu seolah tiada apa pernah dilakukan
pangkat, harta segala kuasamu tiada apa=apa jika dilihat kepada belangmu yang sebenar
tak perlu bersembunyi sangat walau sebanyak mana kau berlakon
akhirnya akan tersingkap jua
pasti ada baunya

meski masa telah lama berlalu
kejahatan yang kau hempas masih aku terbayang dan terasa sakitnya

jangan pergunakan orang lain untuk diri sendiri.

redha?

Hikmah | Perlawanan Sengit

Februari 02, 2019 Sufia 0 Comments

H I K M A H

Yakin pada Allah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya


—————————————-

Perlawanan sengit

Mungkin setiap orang ada sesuatu yang mereka berlawan dalam diri setiap mereka.

Pada aku, ada sesuatu yang masih aku berlawan dalam diri. Bukan mudah mengawal kesedihan dan keadaan hati yang berbolak balik, menangis sendirian itu biasa asal kau tahu Allah bersama. Bukanlah bermakna kesepian. 

Ada juga teman rapat yang menceritakan permasalahan mereka.. dan aishah yang setia mendengar isi hati mereka (walau bagaimana ada yang yakinkan, aishah sorang je yang tahu perkara ini) aku juga meletakkan kepercayaan kepada mereka, dan ketulusan yang mereka berikan. Dan terpulang kepada mereka jika mengharapkan agar aku senantiasa bersama mendengarkan, maafkan aku kadang aku terpaksa memberi hak ruang kepada diri aku juga. Kadang ketika kau diuji, aku juga diuji dengan perkara yang lain. Selepas fasa itu, InsyaaAllah aku telah pulih. 

Sedia menjadi pendengar setia, itulah aku jika dinilai sejak zaman sekolah.. menjadi pendengar & cerita hati mereka. Aku dengar dan cuba beri nasihat walaupun aku tidak pernah mengalami apa yang mereka lalui.. asalkan aku mahu pengakhiran yang baik setiap ujian yang mereka lalui. Tersenyum melihat seorang insan ini alhamdulillah sekarang mereka sudah bahagia setelah banyak tangisan luahan didepanku.. kadang rasa tak layak untuk beri nasihat tapi cuba juga, tersenyum melihat mereka bahagia bersama. 

Bukanlah bermakna menjadi pendengar tapi mendoakan itulah pendengar yang sebaiknya.

Di sebalik itu, aku juga punya duka.. rela disimpan sendiri mungkin itulah aku sejak dahulu. Bila tiba masanya, kisahku diceritakan melalui air mata, dihadapan Tuhanku..sendirian aku mahu hanya Dia yang tahu. 

Ada sahaja nafsu mahu dilontarkan rasa sakit itu ke story atau status. Lebih baik tidak, agar lebih terjaga akhlak.. 

Lontarannya aku bawa ke sudut yang lain, luahan melalui penulisan nota kepada diriku. Biarlah pada masa kemudian hari aku nilai balik patutkah tersimpan rasa sebegitu dan patutkah aku melayan perasaan sebegitu rupa.

Pertaruhanya sifat pemendam aku. Ada baik buruknya. 

Berperang dengan penyakit sesama penyakit

Januari 10, 2019 Sufia 0 Comments





Semoga hati ini terus diberi kekuatan..
kekuatan untuk memaafkan

Pernah kurasakan apakah hati ini telah mati, sudah lelah dengan kejahatan yang dibuatnya
Semakin menjadi-jadi, kata kata yang tidak fikirkan orang lain tapi untuk kepuaasan hawa nafsu semata-mata

Hari demi hari kuteruskan dan pejamkan mata
Hari demi hari ku tahan, tahan amarah ini
Diam dan berpaling darinya.

Kerana diamnya aku tidak suka membalas
makin menjadi-jadi akhlaknya
dari perkataan beralih kepada perbuatan,
Semakin hilang kurasakan istilah ..itu diletakkan padanya
sesudah berkata semahunya kekuranganku dihadapan yang lain

Aku beransur pergi tanpa sepatah kata melawan amarah & tomahan yang dilemparkan
Siapa dicarinya? Pantas aku yang kau cari bukan
Minta tolong itu
Minta tolong ini
Minta tolongnya itu mendesak pula, tertanya aku.. belum cukup puaskah segala kata dan perbuatanmu itu? Yang disakiti itu aku
Yang kau khianati itu aku

Terlalu lama kubiarkan sakit ini membengkak di hati sehinggakan tertimbus ketenangan hati yang dicari selama ini
Terlalu lama aku menghitung-hitung kesalahanya hingga terlupa aku juga punya dosa
Terlalu memikirkan dosanya sehingga membeku mengeras hati
Allahu..

Benarlah kata ustaz, mahu Allah padamkan dosa kita tetapi kita sendiri sukar memaafkan
Tiada salahnya korbankan suatu yang kecil untuk mendapatkan suatu yang besar
Ada orang yang menahan marahnya tetapi tidak memaafkan, berbahaya sebenarnya
Ada orang yang menahan marahnya dan memaafkan tetapi sukar melupakan

Itulah.. aku juga

Memaafkan itu menjadi sangat sukar kerana kesakitan yang ditusuk oleh orang yang sama berulang kali dan tanpa pertimbangan langsung..
Masih mencuba memaafkan dan belajar melupakan...

Aku teringat, sedang Rasulullah setiap malam berdoa untuk Allah ampunkan dosa umatnya. Kita umatnya, Muslim sesama saudara tetapi dosa saudara itu pada kita sukar untuk kita maafkan

Cubalah Shah..coba

Doakan kebaikan untuknya demi Allah dan demi Ummah..

Wassalam,
hati yang ingin disucikan