Bingkisan rasa

Hari Yang Bermula dengan Gastrik

Julai 21, 2021 Sufia 0 Comments


Alhamdulillah rasanya seperti perlahan-lahan Allah kabulkan permintaan ku untuk kehidupan yang lebih baik dan manfaatkan masa untuk perkara yang lebih berfaedah

cuma harini gastrik awal pagi jadi membantutkan sedikit pergerakanku

awalnya perancangan harini dari pagi sampai petang untuk selesaikan keperluan diri dan output untuk manfaat masyarakat.

Harapnya cepatlah reda gastrik ini ya Aamiin.




Takdir

Julai 06, 2021 Sufia 0 Comments

 



Tidak perlu mencari, pasti dia akan menemui dalam satu garis takdir 

 

Walaupun banyak percubaan musnah bukanlah tanda kegagalan

          itulah hikmah yang menyingkap kebahagiaan 


Kerana cinta itu akan terlihat sisi raksasanya
Apakah kasih mengatasi segalanya
Di penghujung pasti ada keindahan yang tidak tergambar

Tuhanku pasti menunaikan janji

Diari

My First Men 👳🏼‍♀️

Jun 20, 2021 Sufia 0 Comments





Facebook repost balik memori minggu ini . Waktu itu tokwan kritikal di hospital, alhamdulillah beliau telah selamat kembali kepada-Nya pada Hari Jumaat, Ramadhan♥️ 


Pertama kali kehilangan orang yang palingggg sayang sebab tokwan suka layan cucunya, cakap ja aku nak apa tokwan akan usaha tunaikan. Satu hari aku tanya tok tokwan umbut kelapa tu macam mana, tahu-tahu tokwan dah tebang salah satu pokok kelapa untuk dapatkan umbut.. tak silap namanya umbut kan? bahagian tengah batang pokok kelapa orang buat gulai. Alhamdulillah first time dapat merasa . He was my first men, dan aku memang pandang tokwan ni macam hero.. dia pandai silat, main seruling, sembelih binatang, pembersih, sayang gila kat tok dan usahanya nak belajar agama walaupun bukan seorang ustaz.. everything that a woman wish for. Tambah pula tak merasa ada ayah sejak mak
berpisah waktu kecil, dia berlepas tangan. Tapi okay jee😊.. 


Ketika ini aku tingkatan 5, tahun tu SPM. Dua minggu tidak datang kesekolah sebab bersama family. Kehilangan arwah satu kesedihan paling besar. Boleh kata berkurung dan tak nak makan juga, mata pun asyik mengalir ja nak buat guane 😅 sepanjang tokwan dirawat dia diam sahaja dalam kesakitan, tak pernah dengar dia bercakap semenjak masuk wad. 


Memang sakit kehilangan tu sangat memberkas. Salah satu doa aku sangat-sangat mohon kepada Allah SWT agar pulihkan rasa sedih kehilangan ini. I just want to know that he is okay even he’s gone..Beberapa hari tokwan dah tiada malam tu aku bermimpi..  nampak dia dekat katil hospital gelak tertawa bahagia sangat sambil bersembang dengan orang, tokwan tak terbaring tapi tengah duduk nampak sihat.. mimpi itu yang ubati kehilangan ini. Dan aku yakin Allah Maha Mendengar isi hati aku 😭 Terima kasih Allah..

Rindu bertamu dalam doa ❤️


With love , for wan..


A Bucket List,

Graduasi

Mei 31, 2021 Sufia 0 Comments






Sudah lama aku tidak menghidupkan kembali catatan jurnal di sini. Sebak sebentar melintas ke ruangan ini apabia terlihat catatan terakhir ku ada gambar ahli keluarga yang telah pergi.. Sakitnya seperti kehilangan lelaki kesayanganku Tokwan ketika kecil, alhamdullillah yang telah pergi memberi makna kehidupanan terindah. Satu kenangan indah yang ingin ku catatkan di sini ialah graduasi semasa covid.

الحمدلله ثم الحمدلله

Telah tamat pengajian selama 3 tahun di bumi UKM. Rasa macam mimpi semasa dirasmikan sebagai graduan (12/4/2021). 

Terlalu banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang di sini, semuanya saya berkenalan ketika di UKM. 

Ijazah ini tidak dapat saya genggam jika bukan kerana izin Allah SWT dan doa ibu, bahagia dia bila saya dapat tawaran temuduga dan berjaya menyambung belajar UKM. 

Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru yang pernah mendidik saya, para pensyarah, penyelia latihan ilmiah (thesis) dan penyelia latihan amali. 

Buat yang mengenali diri ini terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kisah hidup ini. Semoga hidup kalian senantiasa dipayungi berkah..

Mohon doa kalian agar saya terus memperbaiki diri dan bermanfaat untuk ummah di lapangan kerjaya pula.
 
#konvoukm48 #AlumniUKM #UKM#graduated  #latepost