Bingkisan rasa

Lambakan Niqabis

Jun 12, 2015 Sufia 0 Comments




Bismillah

AKU tahu, mata kau pasti terpandang niqabis disana sini, sudah banyak niqabis yang kau temui ada yang selubungi diri dengan kain hitam dari atas ke bawah ada juga yang lebih rela dilabel 'Niqabista' kerana tidak mahi turut sekali ketinggalan trend.

"Kalau dulu sangat payah melihat kelibat perempuan berpurdah ni.Sekarang dah belambak perempuan pakai niqab.."

"Kau tak perlu susah-susah cari dari rumah ke rumah"

"Bukak saja instagram... !"

"Say Whatttt???!!!"

*Tak perlu aku jelaskan lagi, belum cukupkah yang kau lihat di facebook.

Apakah ?

Pasti juga ada mulut-mulut kurang manis berdiri mengatakan

" Perempuan yang berpurdah itu tertutup, tak mahu dilihat. Tapi diri sendiri yang memperlihatkan diri pada ajnabi"

" Elehh, dia tutup tu sebab nak tutup kesalahan sendiri la tuu"

"Harap pakai punya tutup mengalahkan malaikat, tapi perangai... kalah blablabla"

"Pakai tudung labuh, stokin, stongan sampai purdah, tapi... Tabarruj kaww!"

Dan macam-macam lagilah.Fuhh *Tepuk dahi sambil lepas nafas.
Okey aku sambung ye?

Perlu kau ketahui sahabat ku sayang sekalian, aku tahu hatimu itu baik membetulkan kesalahan. Tapi mereka perempuan yang bercadar juga manusia biasa. Tak perlu kau menempelak mereka dengan keganasan,wanita itu hatinya lembut.Kerana mereka insan yang mahu belajar dan baru belajar. Tak semua mereka sudah sempurna agamanya, tak seperti yang kau bayangkan.

SAMA sahaja mereka seperti muslimah yang lain, yang ingin menutup aurat mengikut syariat tapi kadangkala tersilap langkah. Ya ! Sama sahaja, kerana solehah itu bukan diukur dengan kain  yang menutupi wajah. Pasti ada muslimah yang tidak berpurdah tinggi darjatnya, pasti ada yang berpurdah darjatnya tinggi disisi Allah. Ketahuilah, solehah itu hanya disisi Allah yang tahu. Tegurlah bagaimana kau ingin ditegur.


Tak perlu dilabel gadis purdah itu ini... Cukuplah sekadar kau menegur nya dengan penuh hemat bukan menghina. Cukuplah kau memberi nasihat bukan menasihati secara terbuka menayang keaibannya disisi manusia lain. Cukuplah dengan  niat mu yang murni itu mendoakan bukan

"Tapi, kalau dah ditegur baik-baik dia boleh melenting lawan balik tu ape cer pulak?!" *Penuh perasaan bertanya.

Ohh..jikalau begitu,ada yang sudah dinasihati entah apa hadis dalil yang dibalas pula untuk menegakkan benang yang basah. Itulah keegoan. Ada pada sesiapa sahaja, tak kiralah pemimpin sekalipun.

Aku bagi contoh paling senang ya, bila ditanya pada ustaz hukum hisap rokok itu pada ustaz yang sudah jelas perokok tegar. Majlis fatwa telah keluarkan hukumnya bukan? Haram.
Ustaz itu mulakan begini

"Sebenarnya rokok ni macam ni...."

Dia akan terus pusing pusing pusing sampai akhirnya membolehkan rokok itu. Begitulah.

_________________________________________________________________
*berehat sebentar bersama kitkat (iklan)



Kehadapan yang Membaca.
Jika telah mendakwah ke arah kebaikan baguslah. Aku tabik pada kau, tapi memang reaksi yang kau terima itu kadang-kadang memang tak boleh diterima. Biasalah, dunia dakwah kan perlu ada cabarannya. Takkan semuanya terus menerima tarbiah dan berubah sekelip mata, pasti ada yang melenting bila ditarbiah bukan? Sabarlah, sedangkan Rasulullah pun Allah uji jalan dakwahnya dengan ujian yang berat sampai kita sendiri pun tak sanggup hadapinya, cuba bayangkan kalau bila kau dakwah terus kau dilempar taik . Masha'Allah, tak sekuat Rasulullah aku jika hadapinya.

Kehadapan yang berpurdah pula.
*termasuklah aku yang menaip.
Ingin aku katakan padamu, aku tahu bagaimana sukarnya kau menghadapi ini semua. Tapi tertulisnya catatan ini bukanlah  kerana aku ingin membela nasibmu semata-mata...Gerak gerimu menjadi perhatian masyarakat, jagalah tingkah lakumu. Kau berpurdah bukan bermakna kau bebas bahagia kerana tiada siapa yang tahu wajahmu.. Oleh itu, bebaslah kau berselfie sana sini dengan sepersalinan yang tidak lagi berfungsi melindungi tapi menjadi perhatian para lelaki. Ketahuilah tabarruj itulah pakaian akhir zaman. Seronok hatimu melayan perasaan ajnabi di facebook, twitter, instagram berbalas komen, saling mendoakan.. Islamik katakan. Tanpa kau sedar, tingkahmu disaksikan. Sudah tercalar imej yang dibawa oleh para muslimah.

Aku tahu mungkin payah bagimu menerima kenyataan ini semua, ketahuilah kau mencari redha Allah. Memang bukan perhatian makhluk yang dicari bukan? Tapi pada nasihat mereka itulah titipan mesej dari Allah buatmu.. Ambillah hikmahnya sayangku.

Demi Ummah.

Bingkisan rasa

Inikah Cinta

Jun 11, 2015 Sufia 0 Comments




Telah banyak kisah kisah cinta itu dan ini yang aku saksikan... terkadang mungkin dalam hati pasti terdetik

"Sweetnyaa..."

"bla bla bla"

 Tapi benarkah? Si lelaki atau suami tersangat lah baik sweet hensem romantik warak alim kaya raya segalanya ada padanya, hatimu pasti cair duhai wanita...
Ditambah pula dengan sifatnya yang pandai itu ini bisa membimbing isterimu ,kemudiah pasti trcetus

"Nanti nak kawin lelaki macam ni lah"

"Alahai.m meltingnya bila tengok dia blaabla balaalaa"

"Hensemnya, Cutenya Sadonya macam dodollah"

* punchline tak kena


Dalam watak hero pasti ada heroinya bukan? Ya heroinya pastilah si isteri (sangat cliche) . Ditambah lagi dengan watak heroin yang jahat bagai tahap yang sejahatnya lah tak perlu aku definisikan bagaimana. Dengan pertemuan jodoh yang begitu ini pasti sudah mula berangan bukan (sebab tahu diri ini bukan bagus sangat)
Terusnya apa? Teruslah kisah-kisah bibit percintaan yang sweet bagai manis nya penyakit kencing manis tahap empat.

Mengapa ya?

Mengapa dari dahulu zaman aku kanak-kanak ribena  sudah popular dengan kisah percintaan yang meletup. Ditambah lagi dengan lagu-lagu yang mendodoikan... Oh inikah inikah yang dinamakan cinta? *wajah sinis senyum setengah.

Kerna semuanya inginkan kepada cinta. Ya cinta!
C IN TA  yang kau agungkan itulah. Lihat sahaja, ada yang sanggup melenting di muka buku, bergaduh dengan boyfriend. Apa lagi yaa? 'bercinta Islamik' lah dengan kata-kata yang indah sudahnya diselitkan lagi dengan saling mendoakan. Allah makbul kan kah doa?? Tak perlu aku tambah selitkan lagi yang bersama di shopping complex, belakang reban ayam.. dimana lagi? Tak perlu lagi aku nyatakan fenomena cinta yang sentiasa terjadi dan menjadi-jadi.


Tapi, ingatlah sayangku sahabat Islam.. Sampai kemanakah cinta yang kau bawa?

Hatta , rakan aku seorang hafizah sekalipun boleh terjebak kerana cinta.

Rakan aku yang tak pernah aku anggap rakan sangup menghantar mesej bertubi-tubi dari setiap ruang media soSial demi menyatakan cintanya yang suci dari najis mughollazah demi menyatakan cintanya sekalipun tidak pernah kami berbicara.

Ketahuilah walaupun telah kau ketahui, itulah yang Allah telah ulangi jangan dekati zina... Itulah jawapan kepada doamu yang tak pernah termakbul, masalah datang bertalu-talu, hatimu yang tak pernah senang, perbalahan sesama sahabat. Kau mula persoalkan Allah

"Kenapalah Allah uji aku macam ni"

"Kenapa mesti aku?"

Kau rasa.. Allah redha dengan perbuatan ni? Allah suka tengok kau teringatkan si dia  24/7?. Allah suka  waktu kau bersama Allah (solat) kau ingat si dia dalam setiap qiam rukuk setiap pertemuan itu? Allah suka tengok kau susah hati fikirkan si dia yang tak pernah susah-susah fikirkan kau?  Sanggup tunggu mesej dari dia? Tapi kenapa Ä‘engan Allah kau tak macam tu? Kau tak pernah tertunggu pulak bila masuknya waktu. Kau sangat berat untuk baca mesej-mesej cinta dari Allah (Quran) yang tak pernah kau check. Kau tak pernah susah hati fikirkan Allah redha ke tak semua ni???

Tapi, kau lebih suka layan perasaan dengan lagu-lagu cinta separuh nyawa lah , ombak cinta lah ..*tak tau nak sebut lagu cinta yang terkini. Itu yang kau suka daripada alunan zikir buatkan kau lebih dekat dengan Allah. Tapi kau tetap pilih untuk dekat dengan si dia. Sedangkan Allah dengan penuh sayangnya beri pada kau apa yang kau tak perasan nikmat itu. Aku harap kau tahu apa..
 Tapi dengan lemah lembutnya Allah hantar juga pesanan agar kau tahu itu salah.. Allah hantarkan rakan menegur, ayat-ayat yang kau 'ter' baca di wall facebook. Dari ustaz ustazah ini lah sampai jenuh untuk kau palingkan.

Sampai satu masa Allah hantar dugaan buat kau.

BOOM!!!

Kau . Hati kau menangis.. meronta-ronta kau tanya

"Kenapa mesti aku Ya Allah"


Di saat itulah baru kau cari cinta Allah.. kau juga kadang tersilap mencari cinta si makhluk yang Allah cipta juga.

Masih lagi tertanya bukan?

_______________________________________♡♡♡___________________________________________


Cintaku saudara Islam sekalian,  kau boleh teruskan dengan kejahatan kerana kau tahu , macam kau telah tahu ketetapannya. Dekat tv tu, perempuan yang perangai jahat nak bagai tu boleh je dapat laki perfect. Baik sangat bagai boleh pijak pijak kan... bukankah? Kau mulan bayangkan dapat suami yabg baik bagaikan bidadari sado, wajah tampan mengalahkan artis kepop.. Pandai mengaji sampai taranum.. macho, lemah lembut, penyayng sweet swwwuhh la bagai.  Kau terus berangaan sampai termimpi mimpi.

Itu semua kerana kau mula percayakan bayangan manusia.. Ya!  BAYANGAN SEMATA-MATA.
Cerita cinta novel drama semua itu kisahnya penulis kebanyakanya wanita bukan? Itulah idaman setiap wanita, bukan bayangan sendiri sahaja mereka tapi menjadikan kenyataan menerusi kaca yang kau tonton. Perempuan yang jahat mendapat jodoh yang sempurna baiknya ditambah rupa yang kau idamkan.

Tapi .. aku masih ada tapi lagi
Sungguh bercanggah dengan kata-kata Allah. Apakah kau tidak percayakan untuk berusaha menjadi solehah hingga telah terasa solehah dirimu dengan pakaian yang sempurna syariatnya entah hatimu penuh noda-noda zina cinta ajnabi. Belum ditambah zina mata.. mulut yang suka umpatan. Hatimu tertambat pada si dia, telingamu yang ligat membisikkan lagu-lagu jauh dari Allah..Itukah solehah bagimu? Sedang Allah tidak redha?

Aku harap kau berpegang pada ayat cinta Allah ini. Berhentilah angan jeninmu.. Aku berkata bukan kerana seronoknya biarkan kau tersentap tapi kerana aku juga mahukan teguran buat diri dan kerana cinta aku pada kamu yang membaca.

الْØ®َبِيثَاتُ Ù„ِÙ„ْØ®َبِيثِينَ ÙˆَالْØ®َبِيثُونَ Ù„ِÙ„ْØ®َبِيثَاتِ ÙˆَالطَّÙŠِّبَاتُ Ù„ِلطَّÙŠِّبِينَ ÙˆَالطَّÙŠِّبُونَ Ù„ِلطَّÙŠِّبَاتِ

“Perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji. Dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji pula. Perempuan yang baik adalah untuk laki-laki yang baik. Dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik pula.” (QS. An Nur: 26)


Demi Ummah.
Bingkisan rasa

Terbiasa

Jun 11, 2015 Sufia 0 Comments


Memang lah


Manusia itu tak sempurna, bukan maksum sebagaimana Rasulullah

Tapi.. mmang sungguh banyak tapi dalam diri aku
Aku terkilan kenapa dia sedemikian rupa
Mulanya bersungguh kau katakan itu ini
Penuh perasaan, sangatlah kau bersumpah
Umpamanya kau memegang segala janji, kata kata.

Sekarang ini pula diri kau
Sangat lain.. dan aku pelik melihat
Gelagatmu umpama manusia disekeliling hanya boneka yang tidak bernyawa
Gelagatmu terkadang baik
Dalam baikmu, kau hamburkan kata-kata yang buruk terhadap irang lain
Tak kau sedar
Itulah Umpatan

Yang kau kata... yang kau...
Itulah daging saudaramu sendiri yang kau makan

MEMANG, aku hidup dalam masyarakat yang sudah terbiasa dengan nya
Gossip
Mubgkin kau terbiasa hingga membawa aku kelembah khinaan yang sama

Telah berkali-kali kau dengar
Sampai jenuh telingamu
Tahu, itu ini hukumnya....
Tapi kerana terbiasa
Ya biasa biasa biasa biasa

Terpaksalah kau biasa dengan



Azabnya neraka


Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pengumpat lagi pencela, (1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah". (4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu? (5) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang ke hati; (7) Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9)



Walau sepayah mana aku mencuba didik diri
Kerana kehidupan udara yang sudah terpaksa aku hadapi
Ya Allah... Jauhkanlah kami daripada apa yang kau murka.

Demi Ummah.
Bingkisan rasa

Duhai Ibu bapa

Jun 09, 2015 Sufia 0 Comments


Bismillah..
AMARAN post ini amatlah pendek sahaja.
Tidak aku nafikan, bakti ibu bapa itu sangat mulia dan tiada kata yabg mampu aku gambarkan kerana betapa mulianya mereka disisi Islam. Bukan aku ingin mencebik rasa insan yang bergelar parent ini. . .
*Tunduk kebawah.

Sedarlah kalian yang membentuk generasi.. inginku luahkan kalian ialah pembentuk setiap jiwa-jiwa ummah. Mulanya kalian yang mencorakkan keperibadian agama mereka.

Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak mereka bukan? Ya memang itulah ayat paling cliche tapi benar yang biasa kita dengar bukan. Tapi aku terkesan dengan penyampaian Dr Zainal Abidin.

Kita terlalu desired anak kita mendapat 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR, 11 A+ dalam SPM. Sebab kita bangga bila orang tanya anak kita,
 UPSR berapa A? anak kita jawab "5A"
PMR berapa A ? anak kita jawab "9A"
SPM berapa A? anak kita jawab "11A+"
Dan kita sebagai ibu bapa akan jawab, 
"akulah ayahnya" "..akulah emaknya " 
Tapi kita tak kisah dengan A yang lain2 pada mereka..
A dalam amanah 
A dalam amal soleh 
A dalam Aqidah
A dalam akhlaq .
 Sekian.
Diari

Bagaimana Aku Terjebak ikhtilat (Part 2)

Jun 08, 2015 Sufia 0 Comments



Oleh kerana post yang tadi  panjang mengelebar sangat.. maka aku sambung kisahnya disini pulak

Baiklah aku teruskan..

Aku sangat menjaga ikhtilat  diantara mereka , ada juga yang pernah cuba menegur aku di dalam sekolah mahupun di kelas. Mungkin kerana bilangan kaum adam dalam kelas itu lebih mendominasi kami kaum hawa mereka berani menegur aku tanpa urusan, tapi reaksiku tetap begitu... Sama ada aku diam tanpa bicara atau memandang dan beralih ke tempat lain. Mungkin mereka sudah tahu reaksiku sebegitu rupa, tiada lelaki yang berani mendekatiku. Tapi walaupun aku yang begitu, hati aku mula terpaut pada seseorang. Memang.. aku dah mula ada crush ketika itu. Mungkin kerana setiap hari terlihat makhluk itu dalam kelas aku mula ada perasaan terhadapnya. Tapi, lebih baik aku diam.. jangan layankan perasaan walaupun terkadang aku memikirkanya.

Habis sudah zaman persekolahan. Dia, yang pernah aku gelar crush pernah suka la sangat dahulunya mula berhubung melaui facebook. Pada mulanya, aku hanya reply mesejnya atas urusan sekolah untuk mengambil sijil-sijil selepas persekolahan dan lainya SAHAJA. Tapi, syaitan itu sungguh licik.. kadang aku faham dalam chat itu dia mula membuka kata perbualan kosong. Aku diam tanpa balas

Selepas tamat Spm juga, aku dapat merasai sebuah smartphone sendiri. Saat itulah, Whattsapp menjadi perkara baru dalam duniaku. Pasti sahaja ada group, group kelas telah lama ada cuma aku sahaja yang baru menjadi ahli. Dari situlah kami mula berhubung.. Whatsapp.

Cukup malu untuk aku katakan, mula-mula hanya chat atas perkara urusan. Lama-kelamaan bagai sudah menjadi rutin harian kami ber whatsapp.Ketika itu aku berfikir apa salahnya aku mula berchat.. kerana aku sudah tiada apa-apa perasaan suka mahupun minat dalam diam lagi. Tiada lagi perkara penting menjadi urusan... hanyalah bualan kosong.

Mungkin telah biasa ber-chatting. Dia tiba-tiba jujur meluahkan
"Sebenarnya... dulu aku suka hang dari sekolah lagi"

Aku terdiam.

Tak tahu bagaimana reaksiku.. bagaimana seorang yang pernah aku crush tiba-tiba meluahkan sebegitu sekali.
Tidak.
Tidak akan aku luahkan perasaan aku dulu yang sama.

Ketika itulah hati aku mula tersedar, betapa hebatnya panahan syaitan. Betapa liciknya dalam menyesatkan.

Temanku pembaca sekalian, andai kau sayang Rasulullah.. kau elakkanlah daripada zina mata. Sedangkan Rasulullah memalingkan muka seorang sahabat dengan tangan kerana terpesona  melihat kecantikan seorang wanita. Mengapa Rasulullah berlaku sedemikian, kerana itulah zina mata darinya menyebabkan bintik hitam dihatimu.
Temanku sayang, bagaimana perlakuanmu yang suka melihat ajnabi.. lelaki hensem mahupun wanita cantik apatah lagi auratnya, jangan terkejut andai pasangan halalmu suka memandang lelaki/wanita lain.
Temanku sayang, andai kau terbiasa berhubung tanpa batas dengan ajnabi, janganlah terkejut andai suatu hari pasangan halalmu lebih mesra berhubung ajnabi lain daripadamu,
Siapa kau sekarang ini cerminan pasanganmu.





Diari

Bagaimana aku terjebak ikhtilat. (Part 1)

Jun 08, 2015 Sufia 0 Comments






Disini aku ingin kongsikan terus... Aku tahu inilah keaibanku pada suatu masa dahulu. Tapi tak mengapa, aku harap kisah aku ini dijadikan ikhtibar buat adik-adik atau sesiapa pun yang sedang menyelusuri jalan duniawi yang tak lekang dengan isu ini.

Sebelum tu.. tahukah apa ikhtilat?? Terletak tepat pada tajuk post ini kan.. Tahu dah? Alhamdulillah.. kalau tak tahu ikhtilat itu senang cerita ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Untuk kefahaman yang lebih jelas boleh terus ke sini.

Okay dah clear? Kalau belum boleh rujuk pada orang yang lebih alim.

Ketika di tingkatan 1 hingga 3 aku bersekolah di sebuah sekolah agama yang disitu hanya ada pelajar muslimah saja.. Jadi tiada masalah tentang isu ikhtilat, kalu ada pun ikhtilat disitu hanya ustaz yang mengajar kami disitu.. Ustaz-ustaz yang mengajar aku anggap seperti ayah yang mendidik anak-anak walau segarang manapun. Jadi, tiada timbul istilah ikhtilat dalam kamus hidup pada aku ketika itu ...

Masuk sahaja tingkatan 4, aku berpindah ke sekolah yang lain. Tapi, perkara ini mungkin agak merungsingkan bagiku... kerana percampuran leaki dan perenpuan.Aku agak terkejut, kerana aku sudah terbiasa dengan persekitaran rakan-rakan muslimah.

Pada hari pertama .. niatku pada mulanya ingin terus memakai purdah selepas melangkah ke sekolah itu dek kerana sekolah itu bercampur lelaki dan perempuan. Tapi, ibu bertegas sebaliknya kerana skolah dibawah kementerian dilarang sama sekali untuk purdah. Aku terpaksa akur.

Hari itu juga aku melangkah masuk ke dalam kelas... sangatlah senyap sekali. Bagus sungguh ramainya tawadhuk tidur dikesempatan cikgu tiada, jangan salah anggap yang tawadhuk tu semuanya muslmin dikelas. Oleh kerana susunan kelas dimana kaum adam semuanya berada di barisan hadapan dan kaum hawa dibelakang. Aku melangkah masuk melalui pintu belakang.. Alhamdulillah, tiada lelaki dihadapan yang perasan kehadiranku  barangkali ada seorang dua lelaki yang perasan kehadiran diri.

Aku disambut mesra oleh rakan-rakan perempuan yang hanya dua baris meja dibarisan kelas..
Seusai duduk, terus sahaja aku menyimpan cebisan kain purdah.. ku ikat kemas disisi beg. Kawan dibelakang tegur,

" wey **** Apa tu?"

Mungkin pelik barangkali kehadiran kain putih yang bertali.
Tersipu malu aku memberitahu cebisan itulah kain purdah.
Mereka yang lain terus menyampuk..

"Eh, hg pakai purdah ke?.. Kenapa tak pakai?. Jangan risau sekolah ni boleh pakai sebab ada antara pelajar lama dari dulu lagi pakai purdah" .

Alhamdulillah.. sejak keesokan dan hari seterusnya aku dapat menjaga identiti diri sebagai perempuan purdah. Kehadiran ku pada hari pertama tiada pelajar lelaki yang perasan kerana kedudukan pelajar lelaki dan wanita dibelakang agak jauh.

Barulah mereka perasan pelajar baru ini pada hari kedua. Aku selesa dengan kain tertutup diwajah.

"Cik A, ****hari pertama dia tak pakai purdah kan??Aku tak sempat lah tengok muka dia.. macam mana ye muka dia? Bagitahula.."

Itulah antara persoalan yang ditanyakan mereka, kaum adam kepada rakanku Cik A , cik B dan lainya seetelah mereka menyedari kewujudan aku dalam kelas itu. Alhamdulillah... sahabat-sahabatku merahsiakan identiti wajahku.


Bingkisan rasa

Perempuan berpurdah.. cantik ke?

Jun 08, 2015 Sufia 0 Comments




Assalamualaikum
Aku mulakan terus bicara ya tanpa opening.
Memang atau pasti jika sesorang yang bertutup itu pasti akan terlintas dihati korang. Macam mana la wajahnya, tanda soal banyak banyak banyak... atau mungkin korang boleh kata..
Aku tengok mata pun aku dah tau muka dia macam mana.


 Duhai sudara sekalian, tahukah apa yang korang fikirkan itu ialah maruah yang dijaga oleh seorang muslimah? Bukan lah dari akal tapi nafsu yang mahu mengetahui apa yang tertutup. Maaf,  khususkan buat kaum Adam...  Aku tahu bagaimana pandangan kaum hawa yang lain terhadap kaum sejenisnya mungkin berbeza dari kaum Adam..

Bukanlah kerana pemikiranmu terhadap perempuan yang berniqab sahaja... tetapi juga muslimah lain yang tertutup rapi auratnya, kalau yang mendedahkan aurat tu lain cerita lah.

 Aku tahu, kau lelaki pasti tertanya-tanya bagaimanakah wajah seorang wanita yang tertutup rapi kain diwajahnya itu.

Ini pengalaman aku... kerana aku agak, bukan agak tapi sangat terkejut apabila seorang request begitu..

Bukankah Allah memerintahkan tundukkanlah pandanganmu.. aku pasti, bukan sekali pernah dengar peringatan ini bukan?


 Aku akui, aku seorang yang berpurdah bukanlah insan yang sempurna cantik semuanya pada fizikal. Tetap juga aku punya kekurangan. Duhai saudara ku sekalian jaganlah kau mencari-cari bagaimanakah rupa seseorang insan tersebut pada yang  tertutup itu.. kerana muslimah berpurdah itu insan biasa... tidak semuanya secantik bidadari syurga yang kau bayangkan. Tertutupnya apa yang mereka pelihara itu kerana niat untuk seseorang yang halal dan redha Allah bukan suka-suka. .





Diari

Sejarah Aku & Purdah

Jun 08, 2015 Sufia 0 Comments





Tak tahu bagaimana mahu aku melakar kata dan bagaimana untukku memulakan bicara... asalnya purdah bukanlah identiti sebenar aku. Dulu, benak aku tidak pernah diterjah dengan keinginan untuk menjadi seorang perempuan yang bercadar dimuka.

Kali pertama aku melihat seorang berpurdah tika zaman aku masih lagi leka bermain pondok-pondok sehingga lewat petang, tika aku tidak pernah memikirkan masalah dunia.

Ketika itu mataku terpandang pada seorang muslimah yang berpurdah di sebuah majlis... Aku tak dapat menoleh selain melihat kearahnya. Dia sedang makan dipenjuru sebuah meja bersama dengan seorang muslimah disinya.
Aku pelik.
Pasti terfikir bagaimana seorang wanita yang menutup wajahnya itu makan. Tertanya-tanya bukan? Kali pertama aku melihat seorang wanita berpurdah.. kali itulah saat dia sedang makan, sungguh tenang . Kala itu juga terlintas dihati,

"Kenapalah susahkan diri pakai benda tu"

saat aku masih lagi tidak mengerti dan tahu apakah itu.

Semakin aku menginjak dewasa, dari situlah aku mula faham.
Mengapa mereka bersungguh mengenakan kain pada wajah.  Kini baru faham bagaimana rasanya, tetapi semakin kau menutup masyarakat disekeliling mula menilai tingkah lakumu, setiap gerak gerimu dan begitulah..

Ku petik kata-kata dari seorang muslimah
"Setiap gerak-gerimu menjadi perhatian .Mereka sangkakan jika sudah berniqab pasti sudah sempurna agamamu... Tetapi kau hanyalah seorang hamba yang masih perlu belajar dari segalanya."

 Aku akui kerana aku bukan seorang yang sempurna... aku mula berniat ingin memakai. Lama kelamaan.. Alhadulillah terbuka hatiku.Walaupun pada mulanya aku merasai kesusahan menjaganya tapi disebalik itulah aku dapat mengecapi nikmat yang tidak terucap. Alhamdulillah... doakan aku istiqamah begitu juga muslimah lainya yang menjaga aurat.